Ziera pulang ke rumah bersama Airiel.Dia turun dari kereta diikuti oleh Airiel.Airiel menghantar Ziera sampai ke depan pintu.Dia meneliti jam ditangannya sudah pukul 5 petang.Mungkin sebentar lagi mama dan papa akan pulang.
"abang nak masuk dulu ke atau nak balik terus" tanya Ziera
"kalau masuk dulu pun boleh nak balik terus pun boleh"
Ziera menampar lengan Airiel.Main-main.Orang tanya elok-elok dia main-main pulak
"Isshh...orang tanya elok-elok dia main-main pulak" Ziera sudah menarik muncungnya sambil berpeluk tubuh.
"Iyalah kalau tuan rumah ajak,masuk lah kalau tak baliklah" Airiel tersengih
"Yelah jom lah masuk." Ziera sudah masuk dahulu sambil diikuti oleh Airiel
"Ziera" Tiba-tibanya namanya di panggil.Dia mencari dari mana datangnya suara itu.Dia terlihat Puan Rozita baru sahaja turun dari atas.Oh mama rupanya.Aik! awalnya balik.takkan kerja sekerat hari jer?
"Awalnya mama balik." tanya Ziera kehairanan
"Ziera pergi mana dengan pak su?" Nah soalan dijawab dengan soalan.
"Ziera pergi makan-makan"
Puan Rozita hanya tersenyum..
"Hah..naik bersiap malam kejap lagi kita nak pergi rumah aunty Mariam." Puan Rozita mengarah.
Hah? rumah Aunty Mariam..boleh tak kalau tak pergi.Dia terasa malas pulak hendak pergi.Bukannya apa selalu kalau dia ikut mama dan papanya pergi berjalan mengunjungi rumah kawan-kawan mereka mesti dia seorang sahaja yang tiada geng untuk berborak hanya melihat sahajalah apa yang mereka bicarakan.
Macam orang bodoh sahaja.
"Mama boleh tak kalau tak pergi" kata Ziera perlahan-lahan.
"Hei! kenapa pulak tak payah pergi..dah-dah jangan banyak songeh kejap lagi papa pulang kita nak pergi sahaja"
"Pergi sajalah.." Airiel menyampuk."Mana tahu kalau pergi sana jumpa lelaki idaman ke" Kata Airiel lagi berbisik ke telinga Ziera.
Ziera sudah menumbuk bahu Airiel.Geram betul suka sangat mengusik orang.Ziera berlari naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya.
***
Ziera turun ke bawah apabila sudah siap.Puan Rozita dan Encik Azman sudah tunggunya dibawah.Ziera kalau bab bersiap dialah yang paling lama sekali.Ziera ni kalau bab bersiap ni mesti ikut gaya macam mak sunya suka lama-lama tapi kalau bab baju ikut macam mamanya sentiasa memilih.
Mereka sudah bertolak keluar dari rumah.Kereta milik Encik Azman yang dipandu oleh Pak Mat bergerak dengan sederhana laju.Didalam kereta masing-masing diam tanpa bicara.Ziera hanya bermain dengan telefon bimbitnya sahaja.Itulah dia kalau terlampau bosan.
"Ziera kejap lagi pergi rumah orang buat perangai baik-baik tau.Papa tak nak buat macam selalu..faham" kata Encik Azman sedikit tegas.Bukannya apa Ziera ni kalau dia terlampau bosan duduk dirumah orang macam itulah dia.Suka sangat tunjuk perangai.
"Baik pa" kata Ziera acuh tak acuh.Terasa rimas macamlah dia ni budak kecil lagi.
Setelah beberapa minit dalam perjalanan mereka sudah pun tiba diperkarangan rumah Puan Mariam.Mereka keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pintu pagar rumah.Oleh kerana mereka tak mahu Pak Mat menunggu mereka menunggu lama jadi Encik Azman menyuruh Pak Mat pulang ke rumah terlebih dahulu dan datang kembali apabila mereka hendak pulang nanti.Pak Mat hanya menurut perintah sahaja.Dia masuk semula ke dalam kereta dan setelah dia ternampak kelibat tuan rumah datang menghampiri mereka dia terus sahaja memandu pulang ke rumah.
Puan Rozita hanya mengukir senyuman gembira apabila dapat berjumpa dengan Puan Mariam dan bersalaman sesama mereka.Encik Azman hanya mengukir senyuman hendak bersalaman tidak boleh bukan muhrim.Nak-nak Puan Mariam tu isteri orang.
"Masuklah abg Ibrahim ada didalam" Kata Puan Mariam sambil mempelawa mereka masuk.
Mereka melangkah masuk ke dalam.Kelihatan Encik Ibrahim baru sahaja turun dari tingkat atas.
"Maaflah saya tak menjemput pula kamu semua di depan tadi.Baru habis mandi" Kata Encik Ibrahim
"Tak apalah kami faham" Kata Encik Azman.Dia memahami Encik Ibrahim mungkin baru pulang dari kerja.
"Marilah duduk sini." Puan Mariam mempelawa mereka semua duduk diatas sofa yang lembut itu.
"Ziera tak salam aunty ke?" tegur Puan Rozita yang melihat Ziera sejak dari tadi lagi hanya bermain dengan telefon bimbitnya sahaja.
"Hah?" Ziera terpinga-pinga.Apa yang mama dia cakap tadi seakan tidak mendengar kerana khusyuk sangat bermain dengan telefon bimbit dia.
"Mama cakap tak nak salam aunty ke?" Puan Rozita mengulang semula ayatnya.
'Oh..salam rupanya.' kata Ziera hanya didalam hati.Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Puan Mariam.
"Dah besar dah dia erk." Kata Puan Mariam.
Orang gaji Puan Mariam dan Encik Ibrahim sudah menghidangkan air diatas meja yang berhadapan dengan mereka.Dia mengeluarkan air-air itu dari dalam dulang yang dibawanya.
"Ozzie panggil Amar turun" Arah Encik Ibrahim
Ziera yang sedari tadi asyik dengan telefon bimbitnya itu terkejut apabila nama Amar disebutkan.'Amar? haissh..tak-tak Amar dekat dalam dunia ni bukan dia seorang je ramai lagi.Amar lain tu..' Ziera bermonolog sendiri didalam hati.
"Baik Tuan" Ozzie hanya menurut sahaja perintah tuannya.Setelah siap dia menghidangkan air di naik ke atas lalu memanggil Amar untuk turun ke bawah.
***
Rancak sungguh mereka bersembang.Seperti yang Ziera jangkakan pasti dia akan merasa bosan.Tapi oleh kerana ajakan mama dan papa dia turut juga.
Tak lama kemudian Amar turun ke bawah.Ziera sibuk sahaja dengan telefonnya hingga tidak sedar yang Amar sudah turun kebawah.
Amar bersalam-salaman dengan Puan Rozita dan Encik Azman lalu mengambil tempat duduknya.Dia masih lagi tidak sedar Ziera sudah masuk kedalam rumahnya.Dia menoleh ke kanan setelah menyedari ada lagi orang yang bertandang ke rumahnya.
Ziera yang menundukkan kepalanya sambil bermain telefon bimbitnya itu tidak mempedulikan apa yang berlaku.Apa yang dia tahu sekarang adalah telefon bimbitnya.Amar yang melihat Ziera yang tunduk itu masih lagi tidak mengecam siapakah orang disebalik wajah gadis yang tunduk hanya memandang telefon bimbitnya itu.
"Ziera" panggil Puan Rozita.
Terkejut Amar apabila mendapati disebalik wajah gadis yang tunduk itu adalah Ziera.
"Ya Ma"
"Pergilah sembang-sembang dengan Amar diluar tu.Ini hal orang tua-tua budak-budak tak boleh dengar."
Ziera memandang ke arah Amar.'Hah? dia ni ke? betul tekaan aku tadi.Aduh kenapalah aku kena ikut tadi.Kalau tak aku tak ada nak bersemuka dengan dia lagi malam ni.'
"Amar pergi bawa Ziera keluar" Kini giliran Puan Mariam pula mengarah.
Amar sebenarnya malas sudah hendak bersemuka dengan Ziera.Tapi kenapalah malam ni mereka bertemu lagi.Dengan perasaan malas Amar bangun dan mengajak Ziera keluar bersembang diluar rumah.
Puan Rozita dan Puan Mariam hanya tersenyum sahaja melihat mereka.Mereka tak tahu yang Amar dengan Ziera sekarang sedang bergaduh dan mereka juga satu sekolah.Mereka kembali rancak bersembang selepas melihat kelibat Ziera dan Amar hilang disitu.
***
"Eh! apa fasal aku asyik jumpa muka kau jer hah? dan yang paling aku tak sangka mak bapak kita berkawan baik pulak tu" Kata Amar seakan tidak berpuas hati.
"Manalah aku nak tahu.Mama aku selalu cerita fasal family kau.Tapi aku tak pernah pun tengok muka tup-tup hari tu mama kau datang rumah."
'Mama dia selalu cerita fasal family aku? kutuk ke apa?' Amar sudah bermonolog dalam hati
"Eh! mama kau kutuk fasal family aku erk?"
"Hello tolong sikit eh..mama aku selalu cerita fasal kebaikan orang jer tau tak pernah lagi lah dia nak cerita fasal keburukan orang.Mulut kau tu jaga baik-baik sikit" Ziera sudah mula marah.Walaupun begitu dia masih lagi berbicara lembut.
"Aku nak tanya kau sikit boleh tak"
"Tanya apa?"
"Airiel tu abang kau erk?"
"Taklah dia bakal Pak su aku kenapa?"
Apsal dia tanya fasal si Airiel pulak ni.Dia ni nak siasat ke apa ni.
"Tak lah aku dengar kau panggil dia 'abang' sebab tu aku tanya.Tapi kenapa kau panggil dia abang?"
Isshhh..dia banyak sungguh soalan dia.
"Suka hati akulah nak panggil dia apa pun." Ziera sudah mula marah.Sibuk sahaja nak ambil tahu hal orang.
Amar sudah mencebik bibir.Ok tak apa.Sombong sangat dengan aku.
"Eh! fasal Airiel kau seorang saja yang tau erk.So kau jangan pandai-pandai nak pergi heboh dekat kawan-kawan aku faham" Ziera memberi arahan.
Dia tak nak bagi tahu dekat kawan-kawan dia tu bukan apa dia tak nak orang lain tahu yang Airiel tu bakal jadi sebahagian dari keluarga dia.Walaupun dia tahu suatu hari nanti orang pasti akan tahu juga.Tapi dia tak nak kasi tahu sebab dia cintakan Airiel.So dia tak nak orang tahu Airiel tu sebagai Pak su dia tapi dia nak orang tahu yang Airiel tu adalah kekasih hatinya.
Amar hanya mengangkat bahunya.Tak naklah nak berjanji-janji ke apa ke.Nanti kalau terlepas cakap nayalah dia.
***
Setelah meneliti jam di tangan.Encik Azman meminta izin untuk pulang.Sebentar tadi dia pun telah menghantar sms kepada pemandunya itu agar mengambil mereka.Puan Rozita telah pun memanggil Ziera yang sedang bersembang dengan dengan Amar diluar.
Ziera datang dan diikuti oleh Amar dari belakang.Setelah diberi tahu yang mereka sudah mahu pulang Ziera berasa lega kerana sudah tidak mahu melihat muka Amar lagi.Dia berasa macam sekarang juga mahu sampai rumah tak nak lagi melihat muka Amar.Dia bersalaman dengan Puan Mariam dan Encik Ibrahim.
Mereka keluar dari perkarangan rumah Puan Mariam dan Encik Ibrahim.Pak Mat sudah tiba mereka segera melangkah masuk ke dalam perut kereta selepas mengucapkan selamat tinggal.
Ziera hanya berpeluk tubuh sahaja semenjak masuk ke dalam kereta tadi.Menyesal dia mengikut mama dan papa.Kalau dia tidak ikut tadi mesti dia tidak bertembung dengan mamat poyo si Amar itu.
"Ziera kenapa ni?" tanya Puan Rozita setelah melihat anaknya sebegitu.
"Ma..menyesal tahu tak ikut mama dan papa datang rumah aunty Mariam tadi" kata Ziera jujur
Berkerut dahi Puan Rozita.Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ziera.Menyesal? sebab apa? Amar ada buat apa dekat Ziera ker?
"Kenapa? Amar ada buat apa-apa dekat Ziera ke tadi?" tanya Puan Rozita gelisah.
"Tak..tapi Ziera tak sukalah bertembung dengan mamat poyo tu.Ada ke patut dia cakap Ziera ni sombong."
"Hah..yang tu papa setuju.Ziera kalau dengan lelaki memang Ziera macam ni.Kecuali dengan saudara mara sendiri."sampuk Encik Azman.
Ziera memang begitu kalau dengan lelaki yang bukan saudara mara sendiri dia tak berapa layan sangat.Memang patut pun lelaki-lelaki diluar sana berkata dia sombong.Ziera sudah menarik muncung.Geram rasanya bila papanya menyokong kata-kata Amar.Tapi dia memang tidak menafikan memang dia jenis macam tu.
***
Ziera masuk ke dalam rumah dan terus naik atas.Puan Rozita dan Encik Azman berpandangan sesama sendiri.Mereka hanya mengelengkan kepala sahaja melihat kelakuan Ziera.
Ziera menghempas dirinya diatas katil.Bentak pula hatinya.Bukan setakat Amar yang katanya macam tu papa pun cakap dia macam tu.Setelah memikirkan memang benar dia begitu.Dia pun tak tahu macam mana.Setelah lama memikirkan akhirnya dia terlelap disitu.
Ziera tersedar dari tidur dan melihat dirinya.Rupa-rupanya dia terlelap dengan pakaian yang tidak ditukar.Dia melihat jam loceng di atas meja sebelah katilnya.Terkejut dia apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.Bermakna dia sudah terlewat pergi sekolah.Dia turun dari katil dan bergegas mencari mamanya dibawah.Hairan sungguh dia kenapa mama tak kejutkan dia pergi sekolah.
Dia menuju ke dapur kelihatan mamanya sedang menyiapkan sarapan.
"Mama kenapa mama tak kejutkan Ziera.Kan dah ponteng dah kelas hari ni"
Puan Rozita berasa hairan.Kenapa pulak budak ni mamai ke apa?
"Ziera cakap apa ni.Hari nikan cuti.Ziera mamai erk?"
Puan Rozita sudah tergelak melihat telatah anaknya itu.Orang lain cuti dia pulak nak ke sekolah.Ziera sudah mengaru kepalanya yang tidak gatal.'Apa fasal dengan aku hari ni.Dah tak betul ke sejak jumpa dia semalam'
Ziera beredar dari situ dan masuk semula ke dalam biliknya.Aduh kenapalah dengan aku hari ini.Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Setelah siap mandi dia duduk dihujung katil sambil dicapainya buku matematik untuk mengulangkaji.Yalah trial tak sampai pun sebulan je lagi.
Tiba-tiba telefon bimbitnya yang dia letakkan di atas meja sebelah katilnya itu berbunyi.Dia menghampiri meja itu dan mencapai telefon bimbitnya.Dia tersenyum sendiri apabila tertera nama Airiel disitu.Dia membaca mesej yang dihantar oleh Airiel.
Teman abg pergi shooting jom.Abg dtg ambil dirumah.
Dia terasa seperti mahu lompat saja.Pertama kali Airiel mengajaknya pergi tempat dia melakukan pergambaran.Setelah membaca mesej itu dia terus pergi mencari baju yang sesuai untuk menemani Airiel.Setelah memilih baju yang sesuai dia pun bersiap.Dia hanya mengikat setengah sahaja dari rambutnya.
Baru sahaja kakinya hendak melangkah keluar dia memandang ke arah bukunya yang tadi.Dia memikirkan sesuatu.
"Kalau pergi sana mesti aku tak buat apa melainkan aku hanya tengok dia buat pengambaran.Nanti mesti aku bosan juga.Lebih baik aku bawa buku ni sekali.Sekurang-kurangnya aku study juga." katanya seorang diri.
Dia mencapai buku tersebut dan masukkan ke dalam beg sandangnya yang selalu dia bawa ke mana-mana dan terus keluar dari bilik itu.