Malam itu kesemua ahli keluarga berkumpul.Biasalah bukan selalu dapat berkumpul macam inikan.Kalau nak berkumpul pun mungkin setahun adalah sekali atau dua kali itupun kerana cuti terlalu panjang.Biasalah semua pakat sibuk dengan hal masing-masing ada yang sibuk dengan kerja ada yang duduk jauh tak boleh selalu.Jadi kalau dah dapat peluang tu ambil sajalah peluang yang ada tu.
Ziera dan dua orang sepupunya itu sudah terasa bosan mendengar orang tua-tua berborak di situ.Bukannya mereka faham pun apa yang mereka borakkan kesemuanya fasal hal-hal politik dan dunia zaman sekarang.Dengan itu Ziera telah mengajak dua orang sepupunya itu untuk berborak di luar.Lagi bagus.Mereka keluar ke halaman rumah dan duduk di sebuah pondok yang telah dibuat oleh arwah tok wan mereka dahulu.Nyaman rasanya dengan angin bendang yang ada di situ.Memang seronok Ziera kalau di ajak baling ke Pulau Pinang bukannya apa seronok bermain dengan sepupu-sepupunya bukan itu sahaja tetapi dia juga dapat merasakan angin bendang yang nyaman itu.Kalau dekat KL payah nak dapat angin yang macam ni.
"Ziera kalau lepas SPM ni hang nak buat apa erk?" tanya Arya
"Aku tak tahulah aku ingatkan aku nak masuk UITMlah.Nak ambil course pengurusan teknologi pejabat.Sebab apa tau, ada kawan-kawan aku yang pergi sekolah teknik dan vokasional ni dia orang cakap best course tu" jawab Ziera siap bagi sebab lagi.
"Tapi kalau ikut kawan tak guna juga.Dia kena atas kehendak sendiri baru ada semangat nak belajar" nah Ayra dah keluarkan dah hujah dia.Dia ni kalau bab-bab beleter memang tak lekanglah dari mulut dia tu.
'Tapi ada betulnya juga apa yang si Ayra ni cakap tak guna juga kalau belajar tu kerana nak ikut kehendak kawan je.Tapikan kalau di fikir-fikirkan balik kalau aku ambil course tu dapat juga aku belajar tentang selok belok dalam pejabat ni.Bolehlah aku ganti papa suatu hari nanti tak gaduh dah papa nak ajar aku lagi.' katanya panjang lebar didalam hati.
***
Ziera bangun dari tidur.Dia mengeliat.Terasa malas pula hendak bangun tetapi nanti apa pula kata mak menakannya kalau anak dara bangun lewat.Dia meneliti jam pada telefon bimbitnya yang terletak di sebelahnya.Huh..selamat baru pukul lapan.Tapi itu pun dah kira lewatlah juga tu bagi dia.Tapi kenapa mamanya tak kejutkan selalu dia kejutkan.
Ziera menepuk dahi."Oh terlupa akukan tak boleh solat sebab itu mama tak kejutkan." Dia mencapai tuala dan terus ke bilik air.
Selesai mandi dia menuju ke bilik untuk memakai baju.Sebaik tiba di bilik dia terus mengunci pintu takut-takut kalau papanya terus terjah begitu sahaja ketika dia sedang menyalin pakaian.Papanya itu bukan boleh harap sangat suka sahaja meluru masuk tanpa mengetuk pintu dulu.Teringat dia semasa kejadian dua tahun yang lalu kisah papanya tersalah masuk bilik pergi masuk ke bilik dia.Pada waktu itu dia sedang menyalin pakaian apalagi dia menjeritlah dia.Apabila papanya tersedar yang dia tersalah bilik papanya terus menutup pintu.Sejak kejadian itulah kalau dia ingin menyalinkan pakaian dia mengunci pintu takut kejadian itu berulang lagi.Malu pun ada.
Setelah selesai memakai baju dia terus keluar dari bilik.Hari itu dia terasa ingin mengajak sepupunya berjalan di sekitar kampung.Bosan juga asyik duduk di rumah saja. Matanya meliar mencari sepupunya itu.Sedang dia mencari akhirnya jumpa juga mereka yang sedang melayan karenah adik-adik mereka itu di pondok hadapan itu.
"Korang jom pergi jalan-jalan.Kita pergi makan laksa dekat kedai Mak Ngah Liza tu nak tak" jeritnya dari dalam rumah.
"Hang berlanja erk.." sempat lagi Ayra mengusiknya
"Apa pulak aku pakai duit sendirilah"
Ayra mencebik."Kedekut.."
Ziera menghela nafas.Macam-macamlah dia orang ni."Yelah..yelah..aku berlanja."
"Ye ke" serentak mereka berkata.Seronok mereka bila dengar sepupu mereka yang seorang itu nak berlanja.Tapi sebenarnya tadi hanya mengusik sahaja.Bukannya betul-betul pun.Tapi tak sangka pula yang Ziera tu termakan dengan usikan mereka.
"Tapi kali ini aje erk..lain kali pakai duit sendiri." Parahlah kalau tiap-tiap ary kena belanja mereka berdua.Itu pun duit simpanan dia.Manalah dia kerja mengharapkan duit simpanan sekolah sajalah.
"Kami?" tanya adik sepupunya a.k.a adik kepada Ayra dan Arya.
Ziera mengaru kepalanya yang tidak gatal.'Aduh mereka ini lagi.'
"Korang tak ada pergi cari sendiri duit tu"
Laju sahaja mereka menarik muka.Ziera hanya buat muka tak bersalah sahaja.'Biarlah mereka nak mengadu ke apa ke aku kisah apa larat lah aku nak belanja semua'.Katanya dalam hati
***
Setelah tiba di kedai Mak Ngah Liza mereka terus saja memesan laksa yang sering menjadi pilihan mereka ketika pulang ke kampung itu.Mak Ngah Liza ni bukan sesiapa mak menakan mereka juga.Dia juga merupakan sepupu kepada mak mereka bertiga ini.
"Hai Ziera bila sampai?" erk..dia tanya bila sampai? Bukan ke dari kelmarin Ziera dengan sepupu-sepupunya itu melepak dekat bawah pondok tu.Takkan dia tak perasan pulak.
"Kelmarin dulu Mak Ngah.Kan kelmarin ada tetamu istimewa yang datang takkan tok tak beritahu."
"Ada..Tapi Mak Ngah tak tahu pula yang kamu balik sini" kata Mak Ngah Liza sambil membawa laksa yang dipesan oleh mereka tadi.Nasib orang tak berapa nak ada hari ini jadi cepatlah laksa mereka itu sampai.Oleh kerana orang kuranglah Mak Ngah Liza duduk bersembang sekali dengan mereka.Ye lah bukan selalu nak bersembang dengan mereka apatah Ziera.Sudahlah duduk jauh nun di KL sana nak sampai sini adalah makan masa lebih kurang empat jam itu tak kira dengan berhenti di hentian rehat lagi.Ye lah takkan nak memandu je terus tanpa henti mesti penat juga.
Setelah selesai makan,mereka meminta diri untuk pulang ke rumah.Semasa dalam perjalanan mereka rancak bersembang tentang itu tentang ini sampai mereka tak sedar yang mereka telah pun tiba di rumah.
"Assalammualaikum" serentak mereka memberi salam
"Waalaikummussalam" Puan Rozita yang sudah lama menunggu mereka pulang itu menjawab dengan muka yang marah
Mereka bertiga kehairanan.Apa fasal ni macam marah saja ada benda yang tak kena ke? Ke fasal kes tadi.Hah..sudah..
"Kenapa Mak Ngah nampak macam marah saja ni" soal Arya.
"Kenapa kau orang tak bawa budak-budak tu sekali pergi kedai Mak Ngah Liza?" huh..soalan di jawab dengan soalan."Mereka mengadu yang kau orang tak bawa dia orang kenapa?"
"Lah dah pandai mengadu lah pula" kata Ziera sambil mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Geram rasanya macam nak genyeh-genyeh je budak-budak tu kecik-kecik dah pandai mengadu.
"Ala..ma bukan Ziera tak bawa ma..tapi ma Ziera cakap nak belanja dia orang berdua jer.Duit simpanan Ziera bukannya banyak pun.Takkan Ziera nak belanja semua kot" terang Ziera panjang lebar
"Aah la Mak Ngah lagi pun kan Ziera dah suruh depa minta duit dekat mama.Kami cuma pergi dulu je tadi." Arya turut membela Ziera.Sengaja tak nak kecoh-kecoh depan rumah.Tapi memang betul pun Ziera ada juga cakap pergi cari duit sendiri.Eh..dia suruh cari duit sendiri tapi dia tak suruh pun minta duit dekat siapa-siapa.Ah..lantaklah.
"Habis tu hampa tak beli ke dekat depa sikit?" tanya Mak Long
"Tak" jawab Ziera dengan ringkas."Eh dah lah jom la masuk malaslah" Ajak Ziera.Malas hendak mendengar leteran daripada mamanya itu.
"Tak boleh.Korang kena juga pergi beli dekat dia orang kalau tidak tak boleh masuk"
Terkejut muka mereka apabila di katakan begitu.Soal makanan pun nak kecoh ke.Suruh la mereka beli sendiri tak boleh ke?Kedai Mak Ngah Liza tu bukannya jauh mana pun dekat situ je.Ziera dengan keras hati dan kepalanya terus je terjah masuk begitu sahaja.Malas hendak melayan.Asyik-asyik dengan budak-budak tu je.Geram hatinya.Sepupunya yang lain pun turut mengikut Ziera.
"Hai..hai..nak pergi mana tu" panggil Puan Rozita dari belakang namun tidak pun dihiraukan oleh mereka.Puan Rozita hanya mengelengkan sahaja melihat perangai anaknya itu.
***
Pejam celik pejam celik sudah seminggu mereka di situ.Ziera yang suudah siap berkemas dari semalam terasa berat hatinya untuk pulang.Terasa seronok pula.Walaupun seminggu tetapi masih lagi tidak puas hendak bermesra dengan sepupu-sepupunya itu.Tetapi nak buat macam mana sudah seminggu tinggal pelajaran di sekolah.Sudahlah trial pun berapa bulan saja lagi.Itu baru trial belum lagi peperiksaan sebenar.Dia mengatur langkah keluar dari bilik dengan perasaan sedih dan berat hati hendak pulang ke rumah.
"Tak apalah Ziera nanti cuti datang lagi erk.."kata tok memujuk "Ha..bulan depankan ada orang itu nak kena masuk meminang boleh la datang lagi." kata tok lagi sambil matanya menjeling ke arah anaknya yang bongsu itu.Siapa lagi kalau bukan Rasya.Ziera hanya senyum sahaja.
"Dah salam semua.." pesan Puan Rozita kepada anaknya itu.
Ziera salam dengan semua orang yang ada di dalam rumah itu termasuklah sepupu-sepupunya.Hatinya terasa sedih hendak meninggalkan semua.Tanpa dia sedari air matanya sudah membasahi pipi ketika dia hendak bersalaman denga dua orang sepupu karibnya itu.
"Sudahlah Ziera bukannya kita tak boleh jumpa lagi.Bulan depankan boleh jumpa lagi" kata Ayra sambil memujuk.Apabila mendengar kata-kata Ayra itu terus memeluk Ayra.
"Aku tak tahu..boleh ke tak datang sebabkan bulan depan dah trial" jawab Ziera tersekat-sekat kerana menangis.
"Ala bukannya tahu pun bila yang pasti bulan depan" kata Ayra lagi.
"Ziera mari ikut mak su sat" kata Rasya sambil membawa Ziera ke belakang rumah.Macam ada sesuatu dia hendak kasi dekat anak menakan kesayangan dia tu.Tapi tidak tahu apa.Ziera hanya turut sahaja
"Kenapa mak su?" tanya Ziera yang masih lagi tidak tahu apa tujuan mak sunya mengajaknya ke belakang rumah.
"Tak ni ha..mak su nak kasi nombor telefon bakal pak su Ziera ni." hah? sebab tu jer pun sampai bawa ke belakang rumah ni.Ziera yang sedari sedih turut ketawa.Kelakar rasanya.Gara-gara nombor telefon je pun sampai ajaknya ke belakang rumah mana tak kelakar.Rasya berkerut dahi.Hairan.Kenapa anak menakannya itu ketawa kelakar sangat ke?Setahunya dia tidak ada buat lawak pun.
"Eh..apsal gelak" bahasa Penangnya sudah ditukar kepada bahasa KL lah pulak
"Tak adalah mak su bawa Ziera sampai belakang rumah semata-mata nak bagi nombor telefon ni je.Mana tak kelakar mak su.Pandai je mak su buat lawak semata-mata nak hilangkan sedih Ziera ni" Ziera terus ketawa lagi.Terasa macam nak guling-guling je atas tanah tu sebab kelakar.
Rasya menampar bahu Ziera yang tak habis gelak " Eh..nombor ni hanya orang yang tertentu je tau boleh dapat.Tak semua orang boleh dapat.Tak suka eh..dapat nombor dari artis kesayangan sendiri"
Hah?Artis kesayangan?Haisyh...rezeki ni mana boleh tolak.Lagi pun betul apa cakap mak su bukan semua orang boleh dapat nombor tu.Hanya orang tertentu sahaja.
"Mak su kalau boleh tak nak bagi tapi oleh kerana dia ni surah bagi mak su terpaksalah."
Kening Ziera sudah bertaut.'Kenapa Airiel suruh maksu bagi nombor dia dekat aku pula.Dia suka dekat aku kot' Ziera sudah berangan di dalam hatinya.
"Kenapa dia suruh bagi pulak" tanya Ziera
"Entah sebab dia kata ada kerja nak bagi dekat Ziera."
Kerja?Kerja apa pulak ni.Sekolah pun tak habis lagi dah cakap fasal kerja.
"Kerja apa pulak maksu?"
Rasya mengjongketkan bahu tanda tidak tahu.Rasya yang malas hendak bertanya lagi terus bersetuju hendak menyalin nombor telefon itu.Bukannya apa.Bukannya senang hendak dapat nombor telefon artis ni.Sudah la popular.Rezeki ni jangan di tolak.