Ziera memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah.Baru sahaja kakinya hendak menjejak tangga untuk naik ke biliknya tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil oleh Puan Rozita.Dia memandang tepat pada Puan Rozita.Hatinya sudah berasa berdebar-debar bagaikan hendak luruh.Takut juga dia kalau mamanya marah tentang hal dia berbohong untuk keluar dengan rakannya.Siapa lagi kalau bukan Tasya dan Nana.
"Kenapa Ziera tak terus terang je dengan mama dan papa yang Ziera nak keluar dengan Pak Su" kata Puan Rozita lembut.Hatinya sungguh terasa lega apabila mamanya berbicara lembut.Tapi dia juga perlu berhati-hati manalah tahu mula-mula lembut tapi kejap lagi naik angin.Memanglah mamanya itu suka sangat menyakatnya tapi kalau marah memang gerun.
Ziera mengigit bibirnya."Ziera takut mama marah.Sebab abang..errr..Pak su tu kita baru saja kenal.Takut juga mama tak kasi" katanya jujur.
Puan Rozita mengelengkan kepalanya."Kalau Ziera beritahu kata Ziera nak keluar dengan bakal Pak Su Ziera tu mama mesti bagi punya sebab mama pun dah pernah jumpa.Dia pun baik orangnya"
Ziera berkerut dahi.Hairan masa bila pula yang mamanya itu berjumpa dengan Airiel sedangkan baru je jumpa hari tu."Masa bila mama jumpa?Setahu Ziera mama jumpa dia masa dia datang rumah tok hari tu"
"Kakak dia client mama.Sebab tu mama dengan papa pernah jumpa dia.Tak sangka pulak rupanya dia yang bakal jadi adik ipar mama Pak Su kamu pula tu.Mama rasa kecil je dunia ni"
Ziera mengangguk faham.Patutlah pun bila dengar je nama Airiel tadi dia tak marah.Rupanya sudah kenal.Ingatkan dia kenal dekat tv saja rupanya face to face.Tapi macam mana dia boleh tak tahu.
"Sudah pergi naik atas mandi.Badan dah berbau dah ni" kata Puan Rozita sambil menutup hidung tanda berbau.Padahal tak berbau pun sengaja nak menyakat.
Ziera menampar bahu mamanya itu.Sengajalah tu nak menyakat.Tak habis-habis.Baru setapak dia melangkah dia seperti teringatkan sesuatu tentang Tasya dan Nana.Dia memusingkan badannya.
"Ma...tadi Tasya dan Nana ada datang erk?"
"Ada tadi..."
"Habis tu mama cakap apa?"
"Mama cakaplah bukan ke Ziera bersama dia orang?Lepas tu dia orang cakap tak.Sebab tu yang mama risau sangat tu.Yang Ziera pun satu tak nak cakap awal-awal kata nak keluar dengan bakal Pak Su Ziera tu."
"Masa Ziera call tadi dia orang ada tak?"
Puan Rozita mengelengkan kepalanya."Tak ada dia orang dah balik."
Ziera turun dari mendaki anak tangga itu dan menghampiri Puan Rozita yang sudah ada di hadapan tv itu.
"Mama..boleh tak mama tak kasi tahu dia orang tentang Airiel.Please.." kata Ziera sambil merayu.Bukan apa.Dia tak nak kasi tahu sebab malaslah dia nak heboh-heboh tentang Airiel yang bakal menjadi Pak Su dia .
"Kenapa pula? kan lebih bagus kalau beritahu.Kalau tak bagi pun nanti dia orang tahu juga"
Dia melutut di hadapan Puan Rozita."Ye la ma..tapi Ziera tak sedia lagi nak heboh-hebohkan fasal hubungan Mak Su dengan dia.Nanti Ziera pula kena serbu.Lepas tu kena jawab itu ini.Malaslah Ziera" jelasnya.
Puan Rozita memandang tepat pada wajah anaknya itu."Kalau mama nak kasi tahu juga?"
Ziera memuncungkan mulutnya."Ala mama ni.." dia bangun dan menghampiri tv lalu menghalang pandangan tv itu daripada mamanya.
"Hei..kan mama tengah tengok tv tu tepi sikit.."
" Tak nak.." Ziera berkeras.
" Ala tepi la..cerita best ni.."
Ziera tetap berkeras.Selagi mamanya tidak menyatakan bahawa tidak mahu memberitahu kepada kawan-kawannya baru dia berganjak.
***
"Oit..kau pergi mana semalam" kata Nana
Terkejut dibuatnya sampaikan pen yang dipegangnya itu tercampak ke hadapan.Dia mengurut-urut dadanya itu supaya terkejutnya hilang.Hai..nasib baik tak ada sakit jantung kalau tak dah pengsan dah dekat sini.
"Aku tak pergi mana?" jawabnya selamba
"Kau tak pergi mana? habis tu kita orang pergi umah kau semalam kau tak ada kau kata tak pergi mna?" kata Tasya.
"Aku keluar dengan bakal Pak Su aku la.." kata Ziera
"Tapi kenapa mama kau tak tahu.Kenapa kau kata kau ada dengan kami? Eh..first time tau kau buat macam ni.Selama ni kau mana ada keluar dengan sesiapa selain kami.Kau kena hati-hati Ziera" Tasya sudah beleter.
"Aku pandailah jaga diri.Lagi pun aku ingat semalam Pak Su aku tu dah beritahu mama dengan papa aku sebab itu aku ingat dia orang dah tahu." kata Ziera sedikit berbohong malas hendak panjang-panjangkan hal ini.
Sedang asyik mereka bersembang tiba-tiba murid baru yang baru sahaja masuk ke sekolah ini seminggu yang lalu yang mereka katakan gayanya seperti k-pop itu lalu di hadapan kelas.Semua orang yang berada di dalam kelas itu turut memandang ke arah lelaki itu yang di kenali sebagai Amar.
"Weh..Amarlah weh..hensemnya dia..." kata Tasya sambil menongkat dagunya memerhati Amar yang lalu di situ.Ziera turut memandang tetapi dia sedikit pun tidak mempunyai minat kepada lelaki itu seperti mana kawan-kawannya yang lain.
"Eleh kalau setakat rambut cacak yang perasan k-pop tu hensem la.Kot la kalau rambut cacak,mata cantik menawan,tinggi,hot stuff tu baru la hensem.Kau orang tengok macam si Airiel tu ha..ciri-ciri macam tu lah yang aku nak tau setakat macam ni..petik jari je sepuluh yang datang" katanya sambil mengayakan petik jari itu.
Nana menolak bahu Ziera.Nasib baik kawan itu tidak jatuh kalau tidak entah apa yang dia hendak jawab."Hei...kau ni asyik fikir Airiel kau jer..memanglah Airiel kau tu mata cantik menawan,tinggi,hensem segala tapi ada yang lagi hensem tau dekat dunia ni.Kalah Airiel.." kata Nana sambil mengayakan kata-katanya itu.Dia berkata bergitu kerana sengaja ingin melihat reaksi Ziera.Ziera hanya menjeling melihat kawan-kawannya itu.Terasa panas je hatinya.
***
"Assalammualaikum.." Ziera memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumah.Kelihatan Mak Mah sedang menyiapkan sarapan untuk makan tengahari.Baunya masakan itu sudah menusuk ke dalam hidungnya.Wahh...memang enak.Baunya seperti ayam masak kicap.Dia menghampiri meja makan tersebut.Ternyata benar memang ayam masak kicap.
"Wah...Mak Mah sedap ni.." kata Ziera sambil mencuba mencuri satu ketul ayam dari dalam pinggan itu.Belum sempat tangannya bersentuh ayam itu laju sahaja tangan Mak Mah menampar tangannya.
"Kalau ye pun lapar pergilah mandi dulu.Bersihkan badan tu dulu." kata Mak Mah
Ziera memuncungkan mulutnya."Yelah...orang nak ambil satu pun tak boleh".Dia beredar dari situ.Mak Mah hanya mengelengkan kepalanya dan tersenyum sahaja melihat perangai anak majikannya itu.
Setelah siap Ziera turun ke bawah semula untuk menjamah sarapan.Tak sabar rasanya untuk menikmati kelazatan ayam masak kicap itu.Dia menarik kerusi lalu duduk di situ.Dia mencapai pinggan lalu mencedok nasi.Laju sahaja tangannya mencapai ayam masak kicap itu.Dia mengaul nasi itu bersama ayam masak itu dengan lafas bismillah dia terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Terasa sedap pula.Masuk ini sudah tiga kali dia menambah berselera sungguh dia.
Setelah perutnya itu terasa kenyang dek kerana ayam masak kicap yang digaul bersama nasi itu.Dia menuju ke singki untuk membasuh pinggan yang dia makan sebentar tadi.Selesai membasuh pinggan dia menuju ke tangga untuk naik ke biliknya untuk menyiapkan kerja sekolah.Baru sahaja kakinya hendak memijak tangga dia terdengar ada orang memberi salam di luar.Dia tidak jadi hendak menaiki tangga lalu kakinya terus melangakah menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang.Dia membuka pintu kelihatan seorang wanita kira-kira baya mamanya sudah berada di hadapan pintu.
"Waalaikummussalam.." dia menjawab salam yang diberikan oleh wanita itu tadi."Aunty cari siapa?" tanya dia selepas memberi salam.
"Nama aunty Mariam..betul ke ini rumah Puan Rozita dengan Encik Azman?" tanya wanita ingin mengenal pasti.
Ziera menganggukkan kepalanya sahaja." Betul..kenapa?" tanya Ziera yang masih lagi tertanya-tanya siapa wanita itu sebenarnya.Mungkin kawan lama mama atau papanya yang sudah lama terpisah kot.Dia seperti macam teringatkan sesuatu.Mariam? macam pernah dengar nama tu.Rasanya mamanya pernah sebut dulu."Nama aunty apa tadi Mariam?"
Puan Mariam hanya menaggukkan kepalanya.
"Rasanya macam mama pernah sebut dulu..Aunty ke yang mama cakap kawan dia yang terpisah lama tu.Yang pindah tak beritahu tu erk?" tanya Ziera ingin betul-betul mengenal pasti.
Sekali lagi Puan Mariam mengaggukkan kepalanya."Ha..ye lah betullah tu..mama ada?"
"Sorry aunty.Mama dengan papa tak ada dia orang pergi kerja malam karang baru dia orang balik."
"Tak apalah kalau macam tu malam nanti aunty datang lagi erk.." kata Puan Mariam sebelum dia beredar dari situ.Belum sempat Ziera hendak menutup pintu Puan Mariam sudah berpatah balik.Ziera berasa hairan.Ada benda yang tertinggal ke?
"Ini Ziera Alishakan?" tanya Puan Mariam
Ziera berasa hairan.'Macam mana dia boleh kenal nama aku sedangkan aku dengan dia baru jumpa berapa minit.Tak ada pula aku beritahu nama aku dekat dia tadi.Ziera'.Kata Ziera dalam hati.Ziera hanya mengiakan sahaja dengan soalan itu.
Puan Mariam menepuk bahu Ziera."Tak apalah kalau macam tu malam nanti aunty datang lagi erk" kata Puan Mariam lalu berlalu dari situ.Ziera menggaru kepalanya yang tidak gatal.Hairan.Sudahlah entah dari mana tahu namanya lepas itu terus belah macam tu.Ziera menjongketkan bahunya.'Biarlah mungkin dia kenal aku kot.Diakan kawan mama'.Dia kembali menutup pintu.