Pintu rumah diketuk beberapa kali.Mak Mah menghampiri pintu untuk membuka dan melihat siapa yang datang.Terkejut dia apabila melihat orang yang sangat dia kenali berada dihadapannya.
"Puan Mariam" kata Mak Mah.Dia sangat terkejut dengan kehadiran Puan Mariam yang sudah lama tidak bertemu.
Puan Mariam hanya tersenyum sahaja.
"Mak Mah siapa yang datang tu" kata Puan Rozita sambil berjalan menghampiri pintu.Tersenyum lebar dia apabila melihat Puan Mariam sudah berada dihadapan pintu."Mariam..." dia terus mendapatkan Puan Mariam lalu memeluk dan mencium pipi Puan Mariam.Memang sudah lama mereka tidak berjumpa terasa rindu pula.Hari itu hanya berbicara di dalam telefon sahaja.
"Petang tadi saya ada datang tapi kau tak ada anak kau Ziera cakap kau pergi kerja." kata Puan Mariam
"Aah..saya pergi kerja pagi tadi..awak pun datang time-time macam tu mana saya nak ada"
"Kenapa tak ajak si Mariam tu masuk.." sampuk Encik Azman yang sedari tadi berada di dapur.
Puan Rozita mengajak Puan Mariam masuk ke dalam rumah.Puan Mariam memanggil suaminya Encik Ibrahim yang berada di dalam kereta untuk masuk sekali.
Rancak sungguh mereka berborak sampai keluar air mata juga akibat terlalu banyak ketawa.Mereka mengimbas kembali kisah-kisah yang lama ada yang lucu ada yang sedih pun ada.
"Kita ni berborak punya lama.Amar anak korang tu mana?" tanya Encik Azman kepada mereka.Puan Rozita hanya mengangguk sahaja tanda setuju dengan soalan itu.
"Dia duduk dirumah tak nak ikut.Katanya nak study." kata Encik Ibrahim.
Encik Azman menganggukkan kepalanya tanda faham.Setahunya anaknya itu tua setahun pada Ziera.Tapi mungkin dia sambung belajar.Tapi berapa pula keputusan SPM dia? Ingin juga dia tahu.
"Tahun lepas Amar tu ambil SPM kan.Dia dapat berapa erk?" tanya Encik Azman lagi
"Alhamdulillah...5A 3B" kata Encik Ibrahim.
"Alah kira ok lah tu.Tak ada lah teruk sangat.Ziera ni tak tahulah dia nak dapat berapa." kata Puan Rozita
Puan Mariam dan Encik Ibrahim hanya tersenyum sahaja.Memanglah keputusan anaknya itu tak adalah teruk sangat.Itu punya susah untuk memaksa dia belajar.Asyik main saja.Kalau tak tahulah apalah mereka nak jawab dengan Puan Rozita dan Encik Azman.
***
"Korang petang ni kita study nak tak?" Cadang Tasya kepada Nana dan Ziera
Ziera memandang Tasya dengan perasaan hairan.Dia ni dah buang terbiat ke apa?Tiba -tiba saja ajak study bukan selalunya dia ke yang paling malas bab study ni sampai kena pujuk rayu baru dia nak.
"Kau apahal pandang aku macam tu" tanya Tasya kepada Ziera sambil membelok ke arah pondok yang berdekatan untuk duduk sambil bersembang dan menikmati makanan yang dibeli mereka tadi.
Mereka duduk diatas kerusi pondok tersebut."Tak adalah..kau tu kenapa tiba-tiba je ajak kita orang ni study.bukan ke kau yang selalu je kena paksa.Angin apa kau ni erk" Kata Ziera sambil tergelak.
Tasya menampar bahu Ziera.Geram rasanya.Ajak salah tak ajak pun salah habis tu apa.Kira oklah tu tak payah mereka nak paksa-paksa lagi."Kira ok apa aku ajak.Kau orang tak payah nak paksa-paksa aku lagi."keluar juga kata-katanya yang didalam hati tadi.
"Ok..set time and tempat dia dekat mana?" Kata Nana
Tasya memikirkan dimana harus mereka lakukan kerja mereka itu.Setelah sekian lama berfikir akhirnya dia memberi cadangan."Apa kata kita study dekat rumah Ziera."
"Hei,..punya lama kau berfikir tiba-tiba bagi jawapan dekat rumah Ziera je.Kot la nak bagi jawapan dekat tempat yang best sikit ke" kata Nana macam tak berpuas hati
"Hei ok apa daripada tak ada langsung.Lagi pun memang kita selalu study rumah Zierakan" balas Tasya
Belum sempat Nana membalas kata-kata Tasya,Ziera sudah marah.
"Hei korang ni apahal kerana tempat pun korang nak bergaduh ke..lebih tak payah macam ni." marah betul Ziera.Tapi betul juga katanya takkanlah kerana tempat pun mereka nak bergaduh.
Mereka tunduk kerana berasa takut dengan Ziera."Tak adalah aku cuma saja je melawak dengan Tasya ni.Tiba-tiba dia pandang serius pulak."
Tiba-tiba Amar lalu disitu...daripada keadaan senyap tadi dek kerana takut dengan Ziera terus mereka gembira pabila melihat Amar lalu...
"Hai Amar" tegur Tasya
Amar hanya membalas dengan senyuman sahaja...tiba-tiba dia terpandang Ziera yang berada disitu...dia menghampiri mereka bertiga yang berada di pondok tersebut.Hati Tasya dan Nana berdegup kencang bagaikan tidak percaya bahawa Amar akan menghampiri mereka tetapi Ziera hanya berlagak seperti biasa...
Amar duduk berhadapan dengan mereka.Ziera hanya buat tak tahu sahaja malas dia hendak melayan.Dia membiarkan sahaja kawan-kawannya melayan.
"Hai Ziera.."tegur Amar
Ziera mengerut dahinya.Hairan macam mana Amar boleh tahu namanya.Nak kata dia famous tak lah sangat.Dia tidak membalas teguran Amar.Baginya Amar itu bukanlah handsome sangat tapi adalah rupa cuma dia malas hendak melayan baginya hanya Airiel yang handsome diantara lelaki-lelaki yang ada.
"Amar..best tak masuk form 6" tanya Nana
"Boleh la...tapi form 6 ni ramai budak cina.sebab tulah tak berapa sangat kawan saya." Kata Amar
"Aah itulah kita orang pun ada perasan juga memang ramai budak cina." Kata Nana
Rancak sungguh mereka bersembang.Dari malu-malu tadi terus jadi ramah.Namun Ziera sedari tadi hanya berdiam diri malas hendak melayan.Lagi pun topik yang mereka bincangkan tu bukannya menarik pun asyik dengan gossip saja malas juga dia hendak masuk campur.
***
Dihentian bas di luar kawasan sekolah Ziera menunggu Pak Mat untuk mengambilnya dari sekolah.Memang setiap hari dia akan menunggu Pak Mat disitu.Dia melihat jam yang berwarna pink ditangannya sudah dekat pukul 3 tapi masih belum sampai lagi.Selalunya kalau lewat pun dia dalam lima belas minit begitu sahaja ini dah dekat setengah belum sampai-sampai lagi.
Amar yang baru sahaja keluar dari perkarangan sekolah terlihat Ziera sedang menunggu seseorang di pondok hentian bas itu.Dia menghampiri Ziera.Entah kenapa dia rasa macam nak sangat berkenalan dengan Ziera tu.Padahal bukannya kenal sangat pun hanya kenal begitu-begitu sahaja.Tapi walaupun Ziera tu sombong sedikit jenis tidak melayan lelaki dia tetap akan menghampirinya.
"Hai Ziera" tegur Amar
\
Ziera tidak mengalih pandangannya sebab dia tahu itu Amar.Entah apa yang dia mahu pun Ziera tak tahu.Orang dah buat tak tahu tapi tetap mahu menggangunya.Tak pernah lagi dia berjumpa dengan lelaki yang jenis macam ni...
"Boleh saya duduk" kata Amar lagi
"Ada tulis nama saya ke kat sini yang awak minta izin untuk duduk" akhirnya Ziera bersuara.
Mendengar kata-kata Ziera dia terus mengambil tempat disebelah Ziera.Nasib baik tak ada orang kalau ada mesti dia malu sebab kena sindir dengan Ziera.
"Awak nak tanya satu soalan boleh?" tanya Amar.Manalah tahu kalau-kalau tak boleh ke
"Apa dia" jawab Ziera dengan hati yang mengelegak.Agaknya kalau boleh nampak ni mesti dah jadi seperti arang dah.Mana taknya orang dah buat tak layan dia masih lagi mahu mengacau.Tak malu betul.
"Kenapa awak sombong sangat?" kata Amar dengan nada yang lembut.
Mendengar saja kata-kata Amar itu dia terus naik angin.Dia tak kisah dah orang ada ke tak ada ke janji dia boleh melepaskan marahnya.Mana taknya pertama kali dia mendengar orang cakap dia macam tu.Dia mengaku dia memang susah sikit kalau dengan lelaki.Tapi dia tak pernah lagilah dengar orang cakap macam tu.Kalau dekat belakang itu tak tahulah ini depan-depan.Berani sungguh dia.
"Hei..engkau kalau tanya soalan tu boleh tak jaga hati orang sikit.Ya saya mengaku memang saya jenis susah kalau dengan lelaki tapi kalau bercakap itu agak-agak lah berlapik lah sikit" tengking Ziera
Amar terpinga-pinga.Apa salah ke dia cakap macam tu? Betul apa yang dia cakap tu.Memang Ziera sombong pun.
"Hei...kau ingat aku nak sangat ke dekat kau..hah...kau nak suruh aku jaga hati kau tapi kau ada jaga hati aku? hah..aku tegur kau depan kawan-kawan kau kau buat tak layan je.Tebal rasa muka aku ni kau tau tak" kata Amar dengan perasaan marah.
"Hei..suka hati akulah nak buat apa pun nak tegur balik ke tak nak ke.Itu hak aku mulut aku." Kata Ziera lagi."Lagi pun siapa suruh kau tegur aku tak suruh pun kan" sambung Ziera lagi.Kali ini dengan nada penuh dengan sindiran.
Amar mengepal tangannya.Sakit hatinya rasa macam nak menumbuk saja muka Ziera.Nasib baik Ziera tu perempuan kalau dia lelaki conform dah kena penangannya.
Kereta Vios milik Encik Azman yang dipandu oleh Pak Mat itu berhenti betul-betul disitu.Ziera yang melihat kereta yang dia memang kenal sangat itu berhenti terus dia masuk ke dalam tak sanggup rasanya hendak berhadapan dengan lelaki itu buat sakit hati sahaja.
***
Setelah memberi salam Ziera masuk terus naik atas dan menuju ke biliknya.Dia menghempapkan dirinya di atas katil setelah beg sekolahnya dia letakkan di sisi katil.Dia memikirkan tentang kejadian tadi.Sebenarnya apa yang Amar tu mahukan darinya erk.Dia tak suruh pun Amar tu tegur dia layan dia tiba-tiba nak marah-marah macam ni.
Dalam asyik memikirkan fasal si Amar itu tiba-tiba telefon bimbitnya yang dia letakkan di dalam laci meja yang ada di tepi katil itu berbunyi.Dia membuka laci tersebut dan mengambil telefon itu.Ziera tersenyum tatkala melihat nama yang terpapar pada skrin telefon Blackberrynya.Airiel.Itulah nama yang tertera pada skrin tersebut.Dia terus menekan punat telefonnya itu dan menjawab panggilan itu.
"Hello..abang"
"Assalammualaikum" Ziera menggaru kepala yang tak gatal.
Adoi apa punya umat islamlah aku ni.Orang bagi salam dulu.Itulah dah biasa sangat macam tu.
"Waalaikumussalam" jawab dengan perasaan malu.Nasib baik Airiel tak nampak betapa merahnya pipi dia menahan malu.
"Ziera dah makan belum? jom abang bawa Ziera makan dekat Tutti Fruity."
Wah!!!Tutti Fruity sedap ni lama tak makan.Ini tak ditolak ni.Eh..nanti kejap bukan aku ada janji nak study dengan Tasya dan Nana ke Ziera.Ah!!batal sajalah aku cakap jerlah aku ada hal apa susah.Lagipun dengan buah hati aku seorang ni bukan senang nak berjumpa.Harap saja PA dia tapi bukan selalu sangat berjumpa.Eh!!kan dia bagi kelonggaran sebab aku nak amik SPM tahun ni.Jumpa Airiellah boleh makan free tak keluar sesen pun duit aku.
"Ziera dengar tak apa abang cakap ni."kata Airiel lagi setelah tiada jawapan dari Ziera
"Hah! dengar"
"Kalau macam tu pukul 3 atau 3.30 macam tu abang jemput Ziera dekat rumah"
"Dekat rumah? bukan di rumah?"sempat lagi dia meloyar buruk
"Isshh..budak ni bagi kang ha..baru tahu..dah pergi siap jap lagi abang sampai"
"Ok bos..." Ziera mengangkat tabik seolah-olah Airiel ada dihadapannya.
Huh...hilang segalanya fasal lelaki yang entah apa-apa tu.Biarkan hilang terus pun tak tak kisah.Aku bukannya ada kena mengena dengan dia pun...
***
Sebentar tadi setelah selesai dia mandi dia terus menelefon Tasya dan Nana dan memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir untuk study bersama mereka pada hari ini.Nasiblah mereka tu faham walaupun mereka tu tidak tahu bahawa Ziera akan keluar dengan Airiel.Biarlah mereka tak tahu lagi bagus.Hanya berbekalkan alasan ada hal sedikit mereka sudah faham.Biarpun mereka tidak tahu hal apa yang menyebabkan Ziera tidak dapat bersama mereka.
Setelah bersiap-siap dengan semburan minyak wangi,dengan bedak yang ditempeknya dengan apa lagi macam-macamlah.Macam orang first date nak keluar dating.Nak nampak cantik didepan mata kekasih hati.Tapi ada yang tak tahu Ziera ni memang macam ni.Kalau nak pergi mana-mana sekali pun mesti dia akan bergaya seperti ini.Nak pergi study dengan kawan-kawan pun dia bergaya seperti ini.Dia membelek-belek dirinya dihadapan cermin agar tiada satu pun yang cacat cela.
Dia turun kebawah sambil meneliti jam tangannya yang berwarna pink yang berjenama ICE itu.Sudah pukul 3 tapi tak nampak pun kelibat Airiel di luar.Tunggulah dulu.Dia cakap tadi pukul 3 atau 3.30 so tunggu jerlah kalau bukan pukul 3 mungkin 3.30.
Tidak lama kemudian kereta Gen 2 milik Airiel sudah berada di hadapan rumah Ziera.Kelihatan Pak Mat sedang mengelap kereta.Airiel keluar dari perut kereta lalu menghampiri Pak Mat.
"Assalammualaikum" Airiel memberi salam
"Waalaikummussalam" Pak Mat menoleh.Dia seakan kenal dengan pemilik suara itu."Ooohh..Airiel..buat apa disini?"tanya Pak Mat
"Saya datang sini nak bawa Ziera keluar.Ziera ada?"
"Ada.Kejap Pak Mat panggil"
Pak Mat terus masuk ke dalam rumah.Tidak lama kemudian dia keluar bersama-sama dengan Ziera.Ziera tersenyum melihat Airiel sudah datang.Dia terpaku seketika.Dia rasa macam Airiel hari ini lain macam.Dia nampak Airiel hari ini terlebih handsome tak macam selalu.Selalu pun handsome juga tapi hari ini dia terlebih handsome.
"Wow" kata Ziera tanpa suara
Airiel mengangkat kedua-dua belah keningnya.Dia meneliti di pada badannya.Apa yang tak kena.Ada benda yang tak kena ke?Airiel memetik jari di mata Ziera supaya dia tersedar dari lamunan.
"Hah?"
"Apa yang hah? jom la tunggu apa lagi."
"o..ok"
Ziera dan Airiel melangkah masuk ke dalam perut kereta sambil di perhatikan oleh Pak Mat.Hai la budak-budak ni bakal pak menakan dengan bakal anak menakan tak tumpah macam pasangan kekasih.
***
Airiel memandu keretanya dengan fokus sekali.Sesekali dia menyanyi mengikut rentak lagu yang dimainkan di stesen radio ERA FM.Suasana dalam kereta memang agak sepi.Mereka berdua seakan berat hendak membuka mulut.Bukan apa tidak tahu apa yang hendak di bicarakan.
"Abang,Ziera teringin nak tengok abang shooting depan-depan mata Ziera asyik tengok dalam TV saja.Lepas tu teringin nak tengok abang buat rakaman lagu-lagu abang." kata Ziera memulakan bicara.
"Tak apa nanti abang bawakan PA abang ni pergi erk" kata Airiel sambil menarik hidung Ziera.
Ziera menggosok hidungnya.Sakit tau tak.Tapi dalam hatinya tersenyum gembira bila Airiel membuat begitu.
"Ziera tak ada kawan ke dekat sekolah" membuntang mata Ziera bila dikatakan begitu.Hei siapa kata Ziera Alisya tidak ada kawan dekat sekolah.Cikgu-cikgu pun kenal tau.
"Adalah siapa kata tak ada.Kenapa abang nampak Ziera ni macam tak ada kawan ke?" tanya Ziera
"Tak adalah kalau ada...takkan tak nak kenalkan dekat bakal pak su Ziera ni." Mak ai nak kenal-kenal pulak tak boleh tak boleh.Nanti semua orang pakat serbu aku naya aku dibuatnya.Orang cakap selalunya bakal atau family artis ni akan kena tempiasnya juga.Huh! jangan harap la.
"Bukan tak nak kenal tapi belum bersedia lagi"
"Ziera ni pelikkan"
Ziera mengerut dahi. Pelik? Pelik macam mana pulak.
" Pelik macam mana?" Tanya Ziera.Dia sememangnya bingung dengan kenyataan Airiel tadi.Entah apa yang pelik pada dirinya pun dia tak tahu dah tu first time pulak tu orang cakap dia macam tu.Hari tu si mamat poyo tu cakap dia sombong kali ni bakal pak su dia a.k.a buah hatinya yang sesiapa pun tak tahu termasuklah Airiel sendiri cakap macam tu.
" Ya lah.Kalau orang lain tak kiralah bakal paksu dia ke,bakal abang ipar dia ke,sepupu dia ke mesti dia nak heboh-heboh dekat orang ramai yang dia bangga ada salah seorang ahli keluarga dia artis.Tapi Ziera lain.Ada ke cakap tak bersedia lagi.First time tau abang jumpa orang macam ni" Airiel senyum bangga.
Bukannya apa dia cukup bangga dapat orang macam Ziera ni.Kalau orang lain mesti dah bangga dah kalau salah seorang ahli keluarga dia artis.Konon-konon mereka pun akan turut sama popular.
"oh ye ke" Ziera hanya tersenyum.
***
Kereta Gen 2 milik Airiel di pakir betul-betul depan kedai Tutti Fruity.Setelah selesai membuka tali pinggang keledar mereka pun keluar dari perut kereta dan menuju masuk ke dalam kedai tersebut.Airiel memesan perisa strawberry manakala Ziera pula memesan perisa cuppocino.Ziera dengan cuppocino memang tak boleh lepas.Pergi mana-mana je mesti pesan cuppocino.Bukan setakat di kedai Tutti Frutti ni je malahan di gerai Cool Blog pun dia akan pesan perisa yang sama.
Setelah itu mereka mencari tempat duduk.Mereka mengambil tempat di bahagian luar.Bukan apa kata Airiel boleh menghirup udara segar.Mereka makan tanpa berkata apa-apa penuh nikmatnya mereka makan.Eh! cop bukan mereka tapi Ziera sahaja.
"Ziera memang suka cuppocino erk?" tanya Airiel memulakan bicara.
Ziera hanya mengangguk.
"Samalah dengan maksu erk"
Ziera mengangguk lagi.
Hai dia ni angguk saja tahu geleng tak nak pulak.Eh! buat apa nak geleng dah benda betul takkan dia nak geleng tanda tak betul pula.Airiel memikirkan macam mana nak bagi Ziera bersuara.Tiba-tiba muncul satu akal.Airiel tersenyum.
Dia menarik bekas yang meletakkan Tutti Frutti itu.Ziera yang sedang khusyuk makan tadi terkejut.Apahal Airiel ni.Ni mesti nak main-main dengan aku ni.
"Abang..minta balik" kata Ziera dengan selamba
"Kalau abang tak nak kasi?"
"Ala..abang ni" Ziera sudah menarik mungcung
Airiel tersenyum seronok mengusik bakal anak saudaranya itu.
"Abang mintalah Ziera nak makanlah" Air mata Ziera sudah bertakung namun tidak lagi jatuh.
"Tak nak.." Airiel tetap tidak mengalah.Biarlah dia nak tengok sejauh mana Ziera nak minta padanya.Seronok juga mengusik budak-budak ni.Airiel sudah ketawa di dalam hati.
Air mata Ziera yang bertakung tadi akhirnya jatuh jua.
"Tak apalah kalau tak nak kasi" kata Ziera.
Dia terus bangun dan beredar dari situ.Airiel terkejut melihat Ziera macam tu.Niatnya hanya sekadar mahu mengusik tapi tak sangka pulak dia jadi macam tu.
"Ziera nak pergi mana tu" jerit Airiel.Dia sudah mengaru kepala yang tidak gatal.Apa aku nak buat ni...apa lagi kejarlah dia.
***
"Ziera" Jerit Airiel dari belakang.Namun panggilan itu tidak di endahkan pun oleh Ziera.Aduh..itulah pandai lagi mengusik dia hah..sekarang ni padan muka..
Akhirnya dapat juga dia mengejar Ziera.Setelah hampir dekat dengan Ziera dia memaut tangan Ziera.Langkah Ziera terhenti.Dia menoleh ke belakang dengan matanya yang masih lagi mahu mengeluarkan air mata.Airiel menyuakan Tutti Frutti itu kepada Ziera.Ziera berdengus kasar lalu mengalihkan pandangannya kehadapan.Ini kalau dilihat orang ni mesti orang cakap yang Airiel tu sedang memujuk kekasih hatinya yang sedang merajuk.
"Ambillah...abang minta maaf.abang melawak saja tadi tak sangka pulak jadi macam ni." pujuk Airiel
Senyap.
"Alah janganlah macam ni please..."rayu Airiel lagi..
Amar baru sahaja keluar dari bank untuk memasukkan wang simpanannya.Alhamdulillah duit simpanan sekolahnya sudah bertambah kini di dalam akaunnya sudah pun ada lebih kurang 100 ribu.Itu berkatnya kalau berjimat cermat.
Dia berjalan menuju ke keretanya.Sebenarnya dia sengaja tidak memandu kereta ke sekolah.Dia takut budak-budak sekolah itu terpana melihatnya.Sudahlah dengan macam ni pun dah terpana apatah lagi kalau memandu kereta ke sekolah bertambah terpanalah budak-budak Sekolah Tinggi Klang itu.
Tiba-tiba perutnya terasa laparlah pulak.Baru dia teringat yang dihadapan sana tu ada kedai Tutti Frutti.Kalau pekena perisa cuppocino ni mesti sedap ni.Dia sudah menelah liur bila teringatkan Tutti Frutti itu.Dia berjalan menuju ke kedai Tutti Frutti itu.Tiba-tiba I-Phonenya berbunyi.Ada mesej dari mamanya.Dia membaca mesej itu sambil berjalan tanpa melihat kehadapan.
"Tak nak..abang nak sangat ambillah" Ziera terus berlalu dari situ.Airiel mengeluh.Hai payah juga rupanya nak pujuk si Ziera ni.Budak ni memang pelik.Lain dari yang lain.
Ziera melangkah laju sambil mengesat air matanya.Tiba-tiba gedebuk.Dia sudah terlanggar dengan seorang lelaki.I-Phone milik lelaki itu telah terjatuh ke lantai.
"Aduh...hei kau buta ke apa?" Ziera meninggikan suaranya.Sudah tadi dengan Airiel sekarang ni dengan mamat mana entah.
"Aku rasa kau yang buta berjalan tengok bawah tak pandang ke depan" Lelaki marah balik kepada Ziera.
Ziera menganggkat mukanya yang tidak berpuas itu.La..mamat poyo ni ke..
"La..kau rupanya aku kau tu pun dua kali lima jugalah berjalan tak tengok depan pandang i-phone.Tahulah mesej dengan awek pun.Pandang lah depan sama."
"eee...budak ni" Amar sudah menunjukkan sikunya."Banyak songeh pulak dia kalau i-phone aku rosak macam mana?"
"Beli saja lah apa susah" selamba sahaja Ziera menjawab.
"Ewah-ewah banyak cantik muka kau."
"Muka aku memang cantik kenapa?"
"Isshh..malaslah nak melayan kau ni.Ni aku nak tanya kau ni...apsal kau nangis takkan dah terlanggar aku sikit pun dah nak nangis dasar anak manja" kata Amar bila melihat mata Ziera merah seperti orang baru lepas menangis.
"Aku menangis bukan sebab kau.."
"Habis tu kalau bukan sebab aku sebab siapa?"
"Yang kau sibuk-sibuk ni apahal..biarlah sebab siapa pun aku nak menangis" kata Ziera separa menjerit.
Tiba-tiba tangan Ziera dipaut oleh Airiel
"Ziera jom balik" kata Airiel seakan-akan marah
"Isshh...tak nak Ziera tak nak balik dengan abang" Ziera merentap tangannya
Amar yang berada disitu terpaku apabila mehlihat Airiel yang berada dihadapannya.Dia menampar-nampar pipinya agar menyakinkan bahawa dia tidak bermimpi.Biar betul ni Airiel.
"Ziera tolonglah janganlah merajuk lagi please..malu tau orang tengok" Airiel merayu lagi pada Ziera
"Siapa suruh abang ambil makanan Ziera."
Mak ai adegen apa yang aku lihat ni.Si adik merajuk dengan si abang ke.Biar betul Airiel ni abang Ziera setahu aku dia anak tunggal.Kata Amar dalam hati.Tanpa dia sedari mulut dia sudah ternganga melihat adegen rajuk merajuk pujuk memujuk ini.
"Dah la..nah amik ni" Airiel menyuakan bekas Tutti Frutti itu kepada Ziera.Oleh kerana tak nak lagi adegen kejar mengejar pujuk memujuk macam pasangan kekasih selalu buat itu dilihat orang di pun mengambil Tutti Frittinya dari tangan Airiel.
Ziera memandang Amar dengan perasaan hairan.Apa kena dengan mamat ni.Sampai ternganga mulut-mulut masuk lalat baru tahu.
Ziera memetik jarinya di hadapan Amar."Oit..Amar yang kau ni kenapa ternganga mulut-mulut masuk lalat kang baru tahu"
Amar tersedar dari lamunannya bila Ziera berkata begitu.Mak ai malu giller siot bila jadi macam ni.Muka Amar sudah memerah.Malu.Namun dia tetap senyum untuk menutup malunya.Airiel yang dibelakang Ziera sudah menahan gelaknya bila melihat Amar begitu.Lucu betul.
"Dah la abang jangan layan mamat poyo ni." Ziera sudah menarik tangan Airiel beredar dari situ.
Oooo...kau cakap aku mamat poyo ye..tak pa..tak pa..tengoklah depan abang kau,kau berani..tunggulah nanti.Dia mengambil i-phonenya yang terjatuh tadi.Dia cuba membuka i-phonenya.Dia menarik nafas lega.Nasib baik tak rosak.Kalau rosak aku minta charge sekali bunga-bunganya sekali.