"Hah..Ziera yang tersengih-sengih tersengih-sengih dekat belakang tu kenapa.Tadi bukan main lagi menangis.Tiba-tiba senyum sampai ke telinga kenapa" kata Puan Rozita
Senyum Ziera termati disitu apabila di tegur oleh mamanya."Alah..mama ni Ziera senyum pun tak boleh Ziera menangis meraung pun mama tegur habis tu macam mana?Macamlah mama tu tak pernah tersenyum sampai ke telinga menangis meraung berbagai"
"Amboi orang cakap menjawab je kerja dia erk" kata Puan Rozita sambil mencuba untuk mencubit mulut anaknya yang pandai menjawab itu.Namun Ziera sempat mengelak dari cubitan itu.
***
Setelah beberapa jam perjalanan akhirnya mereka tiba juga di rumah.Setelah kereta di berhentikan dia terus masuk ke dalam rumah.Sudah tidak peduli dengan barang-barangnya di dalam bot kereta.Sudah dia tidak hiraukan dah mama dan papanya memanggil.Dia sudah tidak sabar untuk menelefon Airiel.Entah kerja apalah yang hendak di bagi kepadanya.
Ziera menghempap dirinya di atas katil lalu mendail nombor telefon Airiel yang mak sunya bagi sebentar tadi sebelum pulang.Lama juga telefon itu berdering akhirnya panggilan itu di jawab juga.Hatinya berasa sungguh berdebar-debar.
"Assalammualaikum..."
Ziera menarik nafasnya supaya tenang untuk bercakap dengan Airiel "Waalaikummussalam"
"Siapa ni?"
"Ini Ziera Alisya"
Berkerut-kerut dahi Airiel.Ziera Alisya mana pulak ni.Peminat dia ke?Tapi macam mana dia boleh dapat nombor ni.
"Sorry awak mungkin kenal saya.Tapi saya tak kenal saya.Sorry...Assalammualaikum"
Apahal pulak dia ni tadi suruh mak su aku bagi nombor ni dekat aku tapi dia pulak yang tak kenal aku.Belum sempat Airiel hendak meletakkan panggilan itu Ziera sudah meyekatnya untuk meletakkan panggilan itu.
"Eh..nanti-nanti..memanglah saya kenal dengan Airiel yang popular tu.Tapi kenapa pulak abang tak kenal saya?"
Berkerut dahi Airiel.Memang aku tak kenal dia suara dia pun aku tak pernah dengar.
"Awak siapa sebenarnya..ni" Jawab Airiel lembut walaupun hatinya sudah terasa berang dengan panggilan entah dari mana datang ni.Lepas itu mengaku yang dia kenal perempuan yang membuat panggilan itu..
"Saya Ziera..abang yang suruh mak su bagi nombor abang dekat saya.Kata ada kerja yang hendak di kasi?"
Baru dia teringat yang dia ada menyuruh bakal tunangnya Rasya itu memberi nombor dia kepada Ziera.
"Oh..sorry-sorry abang tak tahu.Anak menakan Rasya kan?"
Ziera menganggukkan bagaikan Airiel ada dihadapannya."Yup.."
"Tak macam ni...boleh tak esok abang nak jumpa dengan Ziera kita pergi makan dekat Full House Cafe"
Full House Cafe..wow menarik tu tapi mana dia ada duit kerja pun tak.Duit sekolah adalah yang dia kumpul tu adalah.Tapi mana cukup kalau nak makan dekat Full House tu.
"Tapi..errr...mana saya ada duit nak pergi Full House Cafe tu.Kerja pun tak..mana saya nak dapat duit."
Airiel tergelak apabila Ziera menyatakan kenyataan itu.Apa dia ni gelak-gelak pulak betul apa yang aku kata.
"Tak..abang yang berlanja..ok..Esok lepas balik dari sekolah kita jumpa.Nak di jemput tak?" soal Airiel
Hati Ziera sudah berbunga-bunga.Hendak dijemput..wow terasa macam princess la pulak main jemput-jemput bagai..Eh..tapi kalau kawan-kawan tahu macam mana.Sudahlah dia orang...Eh..tak boleh tak boleh biar aku rahsiakan dulu.Biar sajalah Pak Mat hantar aku.Senyap-senyap sudah la..Tak payah kasi tahu mama yang aku nak keluar dengan Airiel..
"Tak payahlah.."
"Ok"
'Eh..kejap-kejap besok mana sekolah.Esok hari ahad sekolah cuti.Kalau aku pergi nak belajar dengan siapa?hantu? eee...tak nak aku' Ziera berbicara dalam hati sebelum di keluarkan dari mulutnya
"Abang esok mana sekolah.Esok ahad lah..sekolah cuti..Apalah abang ni.Ziera pula yang terikut dengan abang"
Airiel menepuk dahinya. "Astaghfirullahhalazim...yer lah esok hari ahad mana sekolah.Tak apalah esok pukul 3.00 petang dekat Full House Cafe ok.."
Ziera hanya senyum."Ok"
***
"Ma..Ziera nak keluar kejap jumpa kawan." kata Ziera bohong
"Hai semenjak bila pula pandai hendak keluar ni.." Puan Rozita pelik melihat anaknya itu.Selama ini tak pernah pula dia keluar dengan kawan-kawan.Selalunya kawan-kawan yang datang ke rumah.
"Ala..ma sekali-sekala Ziera keluar dengan kawan apa salahnya.Bukannya buat apa pun.Lagi pun asyik dia orang je yang datang"
"Tapi..kena kasi tahu papa dulu" pesan Puan Rozita sebelum membenarkan anaknya keluar.
"Ala pergilah Ziera lagi pun Ziera selalu je terperap dalam rumah ni." tiba-tiba sahaja Encik Azman muncul dari belakang."Tapi ingat jangan but benda tak senonoh dekat luar tu..faham" Pesan Encik Azman
"Ok pa..sayang papa...sayang mama...ok bye assalammualaikum" Ziera terus pergi
"Waalaikummussalam" kata Puan Rozita dan Encik Azman serentak.
***
Setelah tiba di Full House Cafe Ziera terus masuk ke dalam untuk mencari Airiel.Sebelum dia keluar dari kereta dia sempat memesan kepada Pak Mat supaya jangan beritahu Encik Azman dan Puan Rozita tentang dia keluar pergi jumpa bakal Pak Sunya itu.
Dia memerhati di sekeliling cafe itu untuk mencari Airiel tiba-tiba dia terlihat kelibat seseorang sedang melambai tangan ke arahnya.Dia terus menuju ke arah orang yang melambai tangan kepadanya tadi lalu dia menarik kerusi dan duduk tanpa di undang.
Tibalah masanya untuk dia mendekatkan diri kepada Airiel.Tapi dia kena tahu dahulu apa kerja yang Airiel hendak bagi kepadanya itu.Masih lagi dia tertanya-tanya dari semalam tentang hal itu.
"Ada kerja apa yang abang hendak bagi dekat Ziera ni?" tanya Ziera sebagai pembuka bicara
"Sebelum tu boleh tak kalau abang buat satu permintaan" pinta Airiel
Ziera mengerut dahi.Tidak faham apa tujuan Airiel sebenarnya.Semalam cakap nak bagi satu kerja lepas tu nak buat permintaan pula.
"Permintaan apa?" tanya Ziera
"Boleh tak kalau jangan panggil abang ni abang.Panggil je pak su terus.Nanti tak payah la nak tergagap panggil pak su dah kalau dah berkahwin dengan mak su"
Ceh...yang tu je ke permintaannya.
"Tapi kalau nanti andai kata suatu hari nanti abang tak jadi kahwin dengan mak su macam mana?Takkan nak panggil pak su pulak.Dalam tempoh perhubungan ini macam-macam boleh jadi tahu"
"Ye la..tapikan.." belum lagi sempat Airiel meneruskan ayatnya itu Ziera terus memotong
"Dah...dah..sekarang ini selagi abang belum sah lagi jadi suami mak su Ziera akan panggil abang.Ok sekarang ni kita tak payah cakap hal panggilan tu kita cakap fasal tujuan sebenar kita datang sini"
Airiel mengeluh.Nak tak nak terpaksalah dia mengikut kehendak bakal anak menakan dia tu.Rasya pun ada juga cakap yang Ziera tu memang macam ni.Kalau boleh nak ikutkan kepala dia je.Kuat merajuk pula tu.Tapi dia baik dan bijak orangnya.
***
Puan Rozita sedang menonton cerita kegemarannya di ruang tamu bersama Encik Azman.Sedang asyik mereka menonton tv tiba-tiba kedengaran orang memberi salam di luar rumah.Dengar suara macam Tasya dan Nana tapi takkanlah kot sebab Zierakan keluar dengan mereka atau mungkin Ziera bawa mereka pulang ke rumah kot.
"Waalaikummmussalam" Puan Rozita menjawab salam dari dalam rumah.Dia menuju ke pintu utama untuk membuka pintu.Kelihatan Tasya dan Nana sudah berada di hadapan pintu tetapi dia hairan Ziera tak bersama mereka.
"Aunty... Ziera ada tak aunty?" tanya Tasya
Dahinya berkerut seribu apabil Tasya menanyakan Nana.Bukan ke Nana bersama mereka.
"Bukan Ziera bersama korang berdua ke?"
"Hah?" serentak mereka menjawab.Mereka hairan semalam Ziera beritahu kata dia sudah balik tapi dia tak kata pun nak keluar dengan mereka.
"Ziera bersama kami setahu kami Ziera ada bagi tahu semalam dia sudah balik tapi dia tak cakap apa-apa pun kata nak keluar ke apa ke?" Kata Nana.Tasya hanya mengiakan sahaja apa yang Nana cakap sebagai tanda setuju.
Jadi pelik pulak Puan Rozita.Ziera keluar dengan siapa tak sorang-sorang tapi tadi dia pergi dengan Pak Mat.
***
"Hah...apa abang? Abang nak suruh Ziera ni jadi pengurus peribadi abang? Biar betul abang ni..Ziera ni SPM pun tak ambil lagi."
Dia amat terkejut apabila Airiel mengeluarkan kenyataan itu.Macam tak percaya sahaja Airiel menyuruhnya menjadi pengurus peribadinya.Tapi kalau asyik sibuk menguruskan dia masa bila pula dia hendak membaca buku nak buat persediaan menghadapi trial yang bakal mnjelma bulan hadapan apatah lagi SPM.
"Itu Ziera jangan risau.Buat masa sekarang ni abang bagi kelonggaran kepada Ziera sampai Ziera habis study.Lepas SPM sementara tunggu result keluar x payah dah Ziera nak cari kerja.Kalau Ziera dapat tawaran sambung belajar boleh Ziera jadikan ia sebagai part time" terang Airiel panjang lebar.
"Tapi kalau mak su tahu mama dengan papa tahu nak jawab apa?"
"Mak su Rasya dah tahu hal ni.Tak pa nanti abang tolong kasi tahu dengan mama dengan papa boleh?"
Mak Su dah tahu? Tapi kenapa dia tak beritahu aku awal-awal kenapa dia cakap Airiel ada kerja nak bagi.Ini mesti dia nak buat surprise ni .Ceh!!
"Abang..sebenarnya...sebenarnya mama dengan papa tak tahu ni yang..yang Ziera datang jumpa abang.Ziera cakap dekat dia orang yang Ziera nak keluar dengan kawan-kawan" tergagap-gagap Ziera menyatakan hal sebenar
Ternganga mulut Airiel bila dengar Ziera cakap macam tu.Patut la dia macam takut je bila mama dan papa dia dapat tahu tentang hal ni.
"Ya Allah..Ziera kenapa Ziera tak beritahu.Dah sekarang ni telefon mereka sekarang ni juga."
Baru sahaja Ziera ingin membuka mulut untuk membicara sesuatu cepat-cepat Airiel berbicara.
"Tak perlu cakap apa-apa.Telefon sekarang" kata Airiel dengan tegas.
Ziera mengeluarkan telefon Blackberrynya dari beg galas yang dia bawa lalu mendail nombor Puan Rozita.Baru beberapa deringan panggilan itu sudah di jawab.
"Hello..Ziera sebenarnya Ziera di mana sekarang ni tolong beritahu mama.Ziera cakap Ziera nak keluar dengan Tasya dan Nana.Tapi tadi mereka datang terkejut mama bila dia tanya Ziera." panjang Puan Rozita membebel.
"Ma...sebenarnya..sebenarnya Ziera dekat Full House cafe sekarang ni" Ziera mengigit bibirnya.Dia tahu pasti mamanya terkejut dan marah kepadanya.
"Masyaallah Ziera...Ziera pergi dengan siapa? Dengan jantan erk? beritahu mama cepat." Marah Puan Rozita
Airiel meminta telefon itu kepada Ziera untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Puan Rozita.Ziera menyerahkan sahaja telefon bimbitnya itu kepada Airiel.
"Hello..kak..."
"Ini kenapa yang berkakak-kakak ni.Hei pulang balik anak aku" Marah Puan Rozita mana taknya sudahlah bawa anaknya pergi entah ke mana lepas tu boleh pula panggil dia kakak.
"Kak dengar sini dulu.Saya tak tahu pun yang Ziera keluar tanpa beritahu hal yang sebenar kepada kakak.Saya yang ajak dia keluar."
"Kau siapa?"
"Saya Airiel bakal tunang Rasya"
"Ai..ooo Airiel kenapa ajak Ziera keluar" kata Puan Rozita dengan emosinya lebih tenang daripada tadi
Airiel menceritakan kepada Puan Rozita tujuannya yang sebenar membawa Ziera keluar.Ziera hanya jadi pemerhati di hadapan Airiel dengan hanya mendengar segala percakapan Airiel kepada mamanya.Hatinya terasa sedikit lega dan tenang apabila Airiel menyatakan bahawa mamanya tidak marah dia keluar bersama Airiel.Tetapi Airiel sempat berpesan supaya jangan berkelakuan seperti ini lagi lain kali.Ziera hanya menganguk tanda faham.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda selepas membaca yer...
satu pun jadilah :)