Jam loceng yang menunjukkan pukul 6.30 pagi itu berbunyi.Puan Rozita bangun dan mengejutkan suami dan anaknya yang masih lagi tidur.Dia turun dari katil lalu menuju ke pintu bilik.Dia membuka pintu bilik tersebut dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat subuh.
Setelah selesai dia kembali ke bilik untuk solat subuh.Kelihatan suami dan anaknya sudah bangun namun belum lagi bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk.
"Cepatlah pergi ke bilik air tu...kang lambat pulak..nanti subuh habis kang dah tak boleh solat" kata Puan Rozita kepada anak dan suaminya.
"Ma..Ziera cutilah ma...tengok ni.." Ziera menunjukkan segumpal darah yang melekat pada tilam yang dia tidur.
"Kalau macam tu pergilah mandi terus lepas tu cuci sarung tilam tu.."
Ziera mengikut sahaja arahan yang diberi oleh mamanya.Dia mencapai kain tuala yang tersangkut di penyidai kayu itu lalu terus sahaja menuju ke bilik air.Dia mengkuak pintu bilik air itu.Belum sempat dia melangkah masuk tiba-tiba tangannya di tarik oleh seseorang.Dia menoleh ke belakang.Papa.
"Biar papa masuk dulu Ziera nak mandi nanti lambat pula papa nak solat" kata Encik Azman..
Dia terpaksa mengalah lagi.Dia membiarkan saja papanya masuk ke dalam bilik air.Memang betul pun kalau papanya masuk dulu sebab papanya mahu solat dia tak boleh solat so..terpaksalah..Setelah papanya selesai barulah gilirannya pula untuk masuk ke bilik air..
***
Jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 tengahari.Rasya tak sabar hendak menantikan kehadiran kekasihnya itu.Dia ke hulu ke hilir bagaikan tidak sabar rasanya.Mana taknya dah lama tak berjumpa asyik bersembang dalam telefon je..
Ziera dan sepupunya yang lain berada didapur untuk menolong orang tua-tua membuat kerja di dapaur.Ya lah kan sebentar lagi bakal pak menakan mereka itu akan tiba.Entah macam mana rupanya.Entah handsome entah tidak pun tak tahu.Katanya bakal pak su mereka itu dari KL.
Airiel membelok keretanya ke sebelah kanan dan berjalan terus menuju ke rumah yang sekelompok berada di situ.
"Airiel betul ke ni rumah dia?" tanya Ifghan yang merangkap sepupu kepada Airiel.Sengaja Airiel membawanya supaya tidak sesat jalan.Ifghan memang tahu jalan hendak menuju ke sini cuma dia tidak tahu rumah yang hendak dituju itu saja.
"Entahlah kita trylah tanya orang dekat sini" Ifghan hanya mengiakan sahaja kata-kata Airiel itu.
Mereka keluar dari kereta baru sahaja hendak memberi salam ada seorang perempuan datang menghampiri.
"Awak dah sampai..pandai pulak awak cari rumah" kata Rasya
"Tak sebenarnya saya nak tanya alamat rumah ni saya tak tahu pulak yang saya dah jumpa"
"Hah..apa tunggu lagi marilah masuk" ajak Rasya
Puan Rozita memberitahu kepada anak dan juga anak menakannya yang sedari tadi menolong dia dan juga yang lain di dapur bahawa tetamu istimewa telah pun tiba dan mereka diarahkan supaya membancuh air dan sediakan apa yang patut untuk tetamu.Setelah memberitahu dia kembali ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang datang itu.
"Wei...agak-agak handsome tak bakal pak su kita tu." tanya Ayra
"Manalah aku tahiu kalau kau nak tahu pergilah tengok tak pun kejap lagi masa kita hantar semua makanan dan minuman ni kita sama-sama tengok" kata Ziera.
Kesemua makanan dan minuman telah pun di sediakan cuma hendak tunggu dihidangkan sahaja.Ziera membawa air manakala Ayra dab Arya membawa makanan yang berisi kuih dan juga puding-puding yang sudah siap dilakukan sejak kelmarin lagi.
Mereka meletakkan kesemua makanan dan juga air itu di atas meja makan.Mereka belum perasan lagi tentang kehadiran Airiel dan juga Ifghan.Ziera menoleh ke belakang alangkah terkejutnya dia bahawa lelaki yang dia amat mencintai tanpa diketahui oleh semua orang berada disitu."Airiel" katanya perlahan
"Ha..Airiel ini semua anak menakan Rasya yang hujung tu Ayra sebelahnya itu Arya dan yang ini Ziera" kata tok sambil menundingkan jarinya kepada mereka.
Mereka hanya tersenyum sahaja.Macam tidak sangka bahawa bakal paksu mereka itu seorang artis yang popular.Mereka tidak mahu lama-lama disitu kerana itu urusan hal orang tua-tua lalu mereka pergi semula ke dapur.Ziera sempat lagi menjeling sebelum dia pergi bersama dua orang sepupunya itu.Mereka duduk di kerusi di bahagian dapur.Ziera hanya termenung.'Itu ke bakal paksu aku.Takkan lah kot.Aku nakkan si Airiel tu dia cinta hati aku.Walaupun dia tak tahu tapi suatu hari nanti aku akan luahkan juga.Tapi dia nak jadi milik maksu.Tak apa sekarang ini mak su belum lagi sah menjadi isterinya dan aku bolehlah nak merampasnya dari maksu aku.Aku tak kisah walau bagimana sekali pun dia akan menjadi milik aku bukan mak su' Ziera memasang tekad.
***
Setelah sekian lama mereka berborak dan kini tiba masanya untuk mereka pulang.Airiel dan Ifghan meminta izin kepada semua untuk pulang.
"Kami pulang dululah..lagi pun hari dah petang ni lain kali saya datang lagi.Tengoklah sebulan lagi saya suruh mak dan ayah saya datang merisik Rasya" katanya sambil menjeling ke arah Rasya.
Rasya rasa semacam tak percaya sahaja apabila Airiel berkata begitu.Dia hanya tersenyum ingin sahaja dia melompat keriangan.
"Ha...yelah" tok mengiakan sahaja kata-kata Airiel tadi.Airiel dan Ifghan bersalaman dengan tok dan tidak lupa untuk meminta maaf sekiranya ada kesalahan dalam perbualan mereka tadi.Dia melangkah menuju ke pintu.
"Eh...tunggu..tunggu..tunggu.." tiba-tiba sahaja ada suara datang dari dapur.Langkah mereka terhenti di situ.Kelihatan Ziera datang dengan tergesa-gesa dari dapur.Apahal pulak dia ni,tiba-tiba saja
"Takkanlah dengan bakal mak mentua je salam dengan anak menakan..opps" sempat dia menutup mulutnya kerana tersalah kata "sorry bakal anak menakan ni tak nak ke" sempat lagi dia meminta maaf sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Airiel.
"Ziera" tegur Puan Rozita sambil menjegilkan mata kepada anaknya itu.Ziera hanya buat tak tahu sahaja dengan teguran itu.
"Tak apalah" Airiel faham mungkin peminatnya barangkali.Bukan senang hendak bertemu.Dia menyambut salam Ziera itu sambil tersenyum.
Ziera rasa bahagia sangat apabila tangannya di sentuh oleh artis kesayangannya yang merupakan suri dihatinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda selepas membaca yer...
satu pun jadilah :)