Kesemua wartawan dan juga media meluru ke arah Airiel tatkala melihat melihat Airiel baru sahaja keluar dari sebuah hotel kerana mengadakan photoshoot.Airiel yang terkejut seketika apabila melihat wartawan-wartawan meluru kearahnya itu membuat muka seperti tiada apa-apa?
"Airiel dengar kata awak dah ada penganti dan ingin melamarnya tak lama lagi betul ke" tanya seorang wartawan yang berbaju kurung berbunga merah itu..
"Ya..memang saya sudah ada penganti tetapi nak melamar itu lambat lagilah kot sebabnya saya hanya ingin berjumpa dengan familynya sahaja." jawab Airiel dengan tenang dan jujur..
"Dengar kata bekas kekasih Airiel cemburu dan tidak berpuas hati dengan Airiel sebab putuskan hubungan korang begitu sahaja" tanya lagi seorang wartawan yang berbaju t-shirt hijau itu..
Airiel berasa begitu terkejut dengan soalan yang diajukan itu tadi.Rasanya bekas kekasih dia itu yang minta putus bukannya dia.Itu pun atas dasar yang keluarga dia tidak terima dia.Biar betul? Itu gosip sahaja tu...
"Saya rasa tidak...sebab bukan saya yang minta putus dengan dia tetapi dia yang minta putus dengan saya sebab family dia tidak terima saya itu sahaja..saya pun faham dia...jadi saya hanya redha sahaja dengan ketentuannya.." jawab Airiel dengan tenang...
Dia yang sudah malas hendak melayan kesemua wartawan-wartawan itu pergi begitu sahaja..Bukannya dia tidak mahu hormatkan wartawan-wartawan tetapi dia sudah malas dengan gosip-gosip yang timbul..tetapi hatinya masih tertanya-tanya adakah benar bekas kekasihnya itu melakukan sedemikian...apa-apa pun dia harus berjumpa dengan bekas kekasihnya itu...
***
Handphone yang berjenama samsung milik Rasya itu berdering.Laju sahaja tangan Rasya menekan butang pada skrin telefonnya itu apabila tertera nama kekasihnya di situ.
"Hello...assalammualaikum awak.." jawab Rasya memberi salam
"Awak jangan percayakan..."
"Gossip?"
Belum sempat kekasihnya itu meghabiskan ayat Rasya terus memotong seolah-olah tahu apa yang ingin membicarakan oleh kekasihnya itu...
"Awak saya percayakan awak saya tahu dunia awak pasti akan kena dengan gossip-gossip yang tak pernah wujud punya..kalau betul awak tak buat saya yakin nanti suatu hari tuhan akan membalas pada orang yang buat gossip itu tapi kalau awak buat..saya tak tahulah" sambung Rasya panjang lebar..
"Terima kasih awak...sebab percayakan saya.."
" Sama-sama..Esok nak datang pukul berapa ni"
" Dalam pukul 2.30...saya tengan on the way pergi rumah mak ngah saya ni dekat Penang"
"Ok...hati-hati tau.." pesan Rasya sebelum meletakkan panggilan itu..
Dia tersenyum sendiri apabila dia dapat juga mendengar suara kekasihnya itu walaupun kekasihnya itu sibuk disebabkan banyak shoot yang perlu di hadirinya...tanpa dia sedari anak-anak menakannya itu sedari tadi asyik memerhatikannya ketika dia bercakap dalam telefon lagi..
"Ooooo...mak su cakap dengan boyfriend erk..." kata anak menekannya yang masih kecil lagi.Umur mereka dalam lingkungan 5 hingga 7 tahun...
Dia yang asyik tersenyum dari tadi terkejut melihat anak-anak menakannya itu berada di situ..'mereka ni perhatikan aku dari tadi ke?' tanya Rasya dalam hati..
"Oit...hampa semua apa tau..hampa semua kecik lagi tok sah nak ambil tahu hal orang dewasa.Dah pergi main dengan kakak-kakak hampa dekat luar tu.Jangan kacau mak su" marah Rasya..
Kecil-kecil dah pandai fasal pak we mak we kalau besar nanti tak tahulah macam mana? Melihat anak-anak menakannya masih lagi belum beredar dari situ dia terus mengarahkan anak-anak menakannya itu pergi main jauh-jauh...sambil majalah yang terdapat di tangannya itu di angkat membuat syarat untuk membaling.Mereka yang melihat mak su mereka melakukan sebegitu terus berlari keluar...
"Hah tahu takut.." kata Rasya sambil tergelak kecil melihat telatah anak menakannya tadi..
***
"Korang bukan ker kalau seorang kekasih hati nak datang hanya untuk melihat keluarga sahaja boleh datang macam tu jer tanpa panggil adik beradik lain?" tanya Ziera kepada dua orang sepupunya itu..
"Memang lah...tak kisah kalau hanya mak dan ayah kita sahaja yang melihatnya.Tapi hang bukan tak tau perangai tok tu macam mana kalau nak buat seseuatu kerja tu bukan bukannya dia mau buat sorang-sorang kalau boleh dia nak semua orang tau..tambah-tambah lagi bab-bab nak menambah menantu ni..." jelas Ayra yang merangkap kakak sepupunya yang umurnya hanya muda 2 tahun dari Ziera..
Memang betul tok mereka macam tu jenis tidak suka buat kerja sorang-sorang mesti nak juga kongsi dengan anak menantunya malahan jua jiran-jiran yang ada di situ..bagi dia,dia tak nak lah dia sorang sahaja yang tahu klu boleh dia nak juga semua orang tahu..
Sedang mereka rancak bersembang fasal perkara ini tiba-tiba mereka terdengar seperti sekumpulan kanak-kanak gelak kecil tapi tidak tahu dari mana datangnya gelakan itu.Dengar seperti di belakang pokok mempelam tu.Arya yang juga merangkap sepupu Ziera yang umurnya sebaya dengan Ziera bangun untuk pergi melihat di belakang pokok itu.Ternyata benar ada sekumpulan kanak-kanak sedang tergelak kecil.Entah apa yang mereka gelakkan mungkin mereka dengar perbualan mereka tadi sebab itu mereka gelak.Budak-budak mana nak tahu apa.
"Oit...hampa dok buat apa dekat belakang pokok ni...gelak-gelak" kata Arya dengan nada sedikit meninggi.
"Along,angah dengan Kak Ziera pun cakap fasal pak we juga erk" kata seorang budak lelaki sambil tergelak-gelak.Budak lelaki yang berumur 7 tahun itu merupakan adik kepada Ayra dan Arya.
Arya menahan geramnya.'budak-budak ni kecik-kecik lagi dah pandai bab ni' kata Arya dalam hati...
"Dah pergi main jauh-jauh..jangan kacau hal orang dewasa.sibuk je pergi.." marah Arya.
Tak padan dengan kecik.Sekumpulan budak kecil tadi itu berlari menuju ke arah bendang yang terdapat di belakang rumah itu.Mungkin takut bila tengok Arya marah tadi.Padan la dengan muka mereka buat lagi kan dah kena marah.
***
Puan Rozita bersama kakak dan adiknya itu sedang memasak di dapur untuk makan malam.Ziera yang baru sahaja keluar dari biliknya dengan tuala tersidai dibahu untuk mandi itu terhidu bau yang mengenakkan dia sudah tahu itu pasti buatan maksunya ataupun mamanya.Mama dan juga maksunya itu kalau bab memasak serah sahaja pada mereka.Kalah Chef Wan.Dia terus pergi ke dapur ke dapur.Dia mengambil bau itu sedalam-dalamnya.Huh..memang enak.Sedang asyik dia mengambil bau tiba-tiba terasa bahunya dicuit oleh seseorang.Pantas dia beralih ke belakang.
"Eh...tok..tok buat apa dekat sini" tanya Ziera.
'Tok nampak ke aku ambil bau masakan yang enak tu tadi..' tanyanya dalam hati
"Tok tengok dari tadi hang dok ambil bau.Dalam hang dok ambil bau tu hang ada bau apa-apa tak?"tanya tok yang seakan-akan memerli Ziera yang belum mandi itu.
"Bau ayam masak pedas adalah tok" kata Ziera yang pura-pura tidak tidak tahu.Sebenarnya dia tahu yang tok sedang memelinya tidak mandi lagi tetapi dia sengaja jawab begitu.
"Tapi tok tak bau ayam masak pedas..." kata tok lagi
Ziera yang seakan-akan faham itu meminta diri dulu untuk mandi.Tok yang menghantar Ziera ke bilik mandi dengan matanya itu hanya mengelengkan kepala.Macam-macam budak ni..
***
Semua makanan sudah siap dihidang cuma bersedia untuk dimakan.Arya yang sedari tadi menahan lapar terliur melihat ayam masak pedas yang merupakan favouritenya itu.Setelah selesai membaca doa,laju sahaja tangan Arya mencapai sudu untuk mencedok ayam masak pedas itu.Lain pula dengan Rasya yang hanya tersenyum sahaja dari tadi.Di dalam hatinya sudah rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya itu.Namun tiada siapa pun yang tahu hatinya sudah tidak sabar untuk menanti kehadiran kekasihnya esok.
Setelah habis menjamu selera mereka pun berkemas-kemas.Ziera yang terasa malas hendak menolong laju sahaja kakinya melangkah menuju kearah ruang tamu untuk menonton TV.Dia mencapai alat kawalan jauh itu lalu menekan butang 'on' untuk membuka TV.
Ayra datang menghampiri Ziera yang sedang asyik menonton TV itu.Dia mengambil tempat di sebelah Ziera.Dia hanya menonton sahaja apa yang Ziera buka.Ziera yang sudah terasa bosan dengan siaran yang ditonton itu mencapai alat kawalan jauh lalu membuka saluran TV9.Tiba-tiba muncul wajah Airiel di Tv sebagai iklan untuk HIP TV.Dia hanya tersenyum sahaja melihat wajah itu.Dalam hatinya berkata 'suatu hari nanti kau akan jadi milik aku.Kau hanya untuk aku.Tiada sesiapa pun yang boleh mendapatkan kau Airiel.Selagi aku tak dapat orang lain pun tidak boleh dapat kan kau.'
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda selepas membaca yer...
satu pun jadilah :)