Bandaraya Kuala Lumpur begitu sesak sekali dengan penduduk yang berdekatan begitu sibuk ingin ke tempat kerja.Ziera Alisha sedang bersiap-siap ingin ke sekolah.Dia mencapai beg sekolahnya yang berada diatas katil dan turun ke bawah ingin menjamah sarapan sebelum dia berangkat ke sekolah.Ziera menarik kerusi lalu duduk.Tidak lama kemudian Puan Rozita yang merangkap ibu kepada Ziera Alisha turun untuk menjamah sarapan sebelum ke pejabat.Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan anak gadisnya yang kini sedang meningkat remaja itu.Mata Ziera melilau mencari seseorang tetapi tidak jumpa.
"Mama,papa mana ma?dia tak turun makan sekali ke?"tanya Ziera
"Papa kamu tu awal-awal lagi sudah keluar"
Mendengar kata-kata mamanya itu dia terus memuncungkan mulut.
"Ala..Ziera baru nak tunjukkan sesuatu..."
"Benda apa?"tanya Puan Rozita
Ziera mengeluarkan buku rekodnya dari beg dan ditolaknya kepada mamanya
"Mama tandatangan jerlah" Jawab Ziera dengan perasaan sedikit terkilan kerana tidak dapat menunjukkan peningkatan prestasinya dalam peperiksaan kepada papanya....
"Oh fasal ni rupernyer yang anak mama ni nak tunjukkan...dah la..jangan buat muka mcm 2...nanti mama suruh papa tengok dekat SAPS..." kata Puan Rozita sambil memujuk anak tunggalnya itu.Ziera mengeluh perlahan.
***
Tasya dan Nana sedang menunggu Ziera di depan pintu sekolah.Sesekali Tasya meneliti jamnya di tangan.'Issshhh...mana pulak dia ni...lambat betullah'.Dengus Tasya dalam hati
"Eh..Nana mana Ziera ni lambat betullah...kajap lagi pintu pagar dah nak tutup" tanya Tasya kepada Nana.
"Manalah aku tahu...weh jom lah kita masuk dulu kalau tunggu dia nanti lewat pulak nak masuk kelas" cadang Nana..
"Aah...jomlah pandai dialah nanti"
Mereka berdua berjalan masuk ke perkarangan sekolah.Belum sempat mereka menapak masuk ke dalam tiba-tiba terdengar nama mereka di panggil.Mereka berdua menolah ke belakang.Kelihatan Ziera sedang berlari ke arah mereka.
"Eh...apasal kau lambat" tanya Nana sambil menampar bahu Ziera dengan buku yang dia pegang itu setelah Ziera sudah datang mendekati mereka.
"Sorry la babe tengah makan tadi sampai tak sedar."
"Dah lah jom masuk..kang lambat pulak kita..." ajak Tasya
Nana dan Ziera hanya menganguk.Mereka berdua berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah.Mereka terus menuju ke tapak perhimpunan untuk mendengar segala apa yang dicakapkan oleh guru-guru bertugas serta pengetua.
Setelah selesai perhimpunan,murid-murid pun bersurai dan masuk ke kelas masing-masing.Ziera,Nana dan Tasya duduk di tempat mereka dibarisan hadapan.ketiga-tiga sahabat ini memang tidak boleh dipisahkan.Mereka memang rapat bagai isi dengan kuku.Memandangkan tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan SPM jadi mereka ingin lebihkan tumpuan dengan mengambil tempat diduduk dibarisan hadapan sekali.
Cikgu Rokiah mereupakan cikgu bahasa melayu sudah lama mengajar di Sekolah Tinggi Klang itu masuk ke dalam kelas 5 Amanah yang mempunyai seramai 45 orang pelajar dan salah tiga orangnya ialah Ziera,Nana dan Tasya.Dia juga merupakan guru kelas didalam kelas itu.
Amran merupakan ketua kelas di dalam kelas itu memberi salam dan diikuti oleh pelajar-pelajar lain.Setelah mereka dibenarkan duduk dan sebelum memulakan sesi pelajaran,Cikgu Rokiah meminta pelajar-pelajar di dalam kelas itu untuk menghantar buku rekod yang dia telah memberikan kepada anak muridnya itu untuk ditandatangani oleh waris masing.
Kesemua pelajar telah pun menghantar dan dia mengira takut-takut ada pelajar yang belum hantar lagi.Setelah selesai mengira dan semuanya cukup,Dia meminta anak-anak muridnya itu untuk membuka buku latihan yang diberinya kelmarin.
Semua pelajar telah mengeluarkannya kecuali tiga orang sahabat ini iaitu Ziera,Nana dan Tasya.Mereka yang duduk dibarisan hadapan memang jelas nampak yang mereka bertiga sahaja yang tidak ada buku diatas meja.Mereka bertiga menelan liur.Kelat.Itulah yang dirasakan oleh mereka.'Matilah aku macam ni' kata Ziera di dalam hati.
"Ziera,Nana,Tasya mana buku kamu?" tanya Cikgu Rokiah dengan nada sedikit tegas.Namun tiada sebarang jawapan dari mulut mereka.Cikgu Rokiah hanya mengelengkan kepala dengan perangai anak muridnya itu.
"Ziera mana buku kamu?"
"Sa...saya tertinggal dekat rumah...cikgu" jawab Ziera gagap
"Kamu Nana?"
"Saya pun sama cikgu"
Belum sempat Cikgu Rokiah bertanyakan kepada Tasya,dia terlebih dahulu menjawab.
"Saya pun cikgu"
Cikgu Rokiah yang pantang mendengar anak murid memberi alasan tidak bawa buku itu terus memberi arahan.
"On the floor now" kata Cikgu Rokiah dengan perasaan marah
Mereka bertiga mendengar arahan itu terus mengerut dahi bukan tidak faham tapi inikan subjek bahasa melayu bukannya subjek bahasa inggeris.
"Cikgu inikan subjek bahasa melayu bukannya bahasa inggeris" jawab Ziera dengan sedikit berani walaupun dalam keadaan takut.Dia tahu cikgunya itu tengah marah tapi sengaja nak tgk mood.
Perasaan marah Cikgu Rokiah semakin membuak-buak.'Berani betul budak Ziera ni..tak apa'..
"Ziera kamu pergi duduk di luar,Tasya,Nana kamu duduk diatas lantai"
Membulat mata Ziera mendengar ayat itu.Mana aci kawannya semua duduk didalam dia seorang aje yang duduk diluar.Buat pengetua ke guru disiplin ke yang lalu tak ke naya dia kena nanti.'Itulah Ziera berani betul kau bersuara tadi..kan dah kena'
"Hah...apa tunggu lagi pergilah"
Tanpa sebarang kata mereka pun keluar dari tempat mereka.Tasya dan Nana hanya duduk diatas lantai di dalam kelas manakala Ziera pula duduk di luar.Cikgu Rokiah menghantar Ziera dengan pandangan sahaja.
***
Ziera masuk ke dalam biliknya lalu menghempapkan begnya dia atas katil.Terasa geram sangat hari ni.Sudahlah buku tak bawa lepas kena pulak duduk di luar kelas..lepas tu semua orang pakat 'booo' saja dekat dia..Dia memeluk tubuhnya..sambil menahan geram.
"Mama punya fasallah ni....nak sangat cepat..tengok sampai buku aku pun tertinggal.." Dia menghela nafasnya..
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang.'Issshhh...apa lagi ni...tak tahu ker orang tengah bad mood sekarang ni..'Dia melepas pelukan dari tubuhnya itu lalu menuju ke pintu untuk membuka.Setelah membuka kelihatan Mak Normah sedang tersengih berada di hadapan pintu..Ziera memandang Mak Normah dari atas ke bawah dalam perasaan hairan.Apa yang dia tersengih-sengih macam kerang busuk ni...
"Kenapa dengan Mak Normah ni..tersengih-sengih tersengih-sengih macam kerang busuk ni apahal..ada apa-apa ker?" tanya Ziera kepada Mak Normah yang berada di hadapannya itu.
"Puan suruh saya panggil Cik.Katanya ada berita gembira nak bagi tau dekat Cik" jelas Mak Normah
Berita gembira? Berita gembira apa pulak dah ni ke nak pujuk aku...issshhh tapi kenapa mama aku balik awal sangat selalu bukan petang ker dia balik ni tengahari dah balik ni apahal.Tak ada kerja ke dekat office tu.Turun sajalah...bisiknya di dalam hati.
"Ya lah..5 minit lagi saya turun."
"Cik jangan lambat tau.Nanti Puan marah saya" Kata Mak Normah memberi arahan.Namun arahan itu hanya dijawab dengan agukkan sahaja.
***
Ziera menuruni anak tangga dengan perasaan yang bercampur baur.Geram,marah,sakit hati semua ada.Entah kenapa kali ni dia berasa begitu teruk sekali perasaannya itu.Adakah ini adalah petanda bahawa beberapa hari lagi dia akan datang bulan dia pun tak tahu.Selalunya kalau dia marah,pasti sikit-sikit sahaja.Tapi ini nampak macam terlebih sahaja.Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat Puan Rozita dan Encik Azman sudah menantinya diruang tamu.'Eh..kenapa papa dengan mama ni balik awal jarang sangatlah kalau nak balik tu.Asyik sibuk je memanjang'.Katanya didalam hati.Dia menghampiri Encik Azman dan Puan Rozita.
"Ma..pa...ada apa nak jumpa dengan Ziera ni.Dah tu tak pernah-pernah nak balik awal.Ada apa?" tanya Ziera kepada Encik Azman dan Puan Rozita dengan hatinya yang begitu geram dengan kejadian tadi.
Puan Rozita melihat Ziera dengan perasaan hairan.Apa kena dengan si Ziera ni macam moody saja ada apa-apa yang tak kena ke.Pelik..jarang dia macam ni kecuali kalau dia nak datang bulan.Ini rasanya mesti nak datang bulan atau sudah datang bulan ni
"Kenapa ni sayang? Hmmm...macam tak ada mood saja kenapa ni.Datang bulan erk?" Tanya Puan Rozita dengan perasaan syak yang anaknya itu datang bulan.
Dia menarik tangan anaknya itu dan menyuruh anaknya itu duduk di sebelahnya.
"Hmm..maybe lah kot" jawabnya..seperti mahu tak mahu sahaja
"Ziera papa rasa klu papa bagi tahu ini tentu mood Ziera ok.." Encik Azman yang sedari tadi hanya diam tiba-tiba bersuara..
"Apa?"tanya Ziera
Dia berasa hairan kerana selama ini kalau dia merajuk ke marah ke apa ke pasti papanya itu biar aja sampai dia habis merajuk.Ni macam nak main pujuk saja ni..Dah tu soalan dia pun mereka tak jawab lagi..
Encik Azman mengangkat keningnya dan memandang Puan Rozita.Ziera masih lagi tertanya-tanya kenapa dengan mereka.Macam ada something.
"Pa..Ma..cakaplah apa dia.Ziera malaslah nak duduk sini lama-lama.Mama dengan Papa ni time Ziera tak ada mood nilah nk bagi tahu itulah inilah...Ziera pun ada banyak kerja sekolah lagi la..." jawab Ziera dengan sedikit meninggikan suaranya..
Ziera memang pantang kalau dia tengah mood orang nak cakap itu ini nak bincang itulah inilah.Rasa macam tak ada hari lain ke nak bincang...lebih baik dia terperap dalam bilik relax-relax,landing-landing.Lama-lama nanti baru ada balik moodnya itu.
"Ziera sabar dulu dengar dulu apa yang papa nak cakap.Tahulah tengah moody pun sabar je lah" kata Puan Rozita dengan lembut hanya untuk tidak mahu anaknya itu naik angin lebih teruk.
"Ziera papa dah tengok dah keputusan Ziera.Tahniah..papa harap nanti SPM buat yang lebih baik lagi daripada ini."
"Itu je...ingatkan apalah tadi...kalau macam tu malam kejap lagi pun boleh cakap....ingatkan apa tetiba je balik awal."
"Ziera...papa dengan mama sengaja balik awal tau sebab dekat office bukannya ada kerja sangat pun itu yang kita orang balik awal.Dan lagi satu tadi nenek ada call dia suruh kita balik Penang hujung minggu ni sebab mak su kamu tu nak perkenalkan bakal suami dia.Kita balik sana seminggu.Ziera kena cuti sekolahlah buat sementara waktu ini" terang Puan Rozita panjang lebar.
Membulat mata Ziera apabila mendengar mamanya cakap macam itu rasa macam tak percaya je nak balik kampung..rindu benar dengan suasana bendang di sana..dan juga rindu benar dengan sanak saudara yang ada disana...huh..mesti meriah..dia sudah dapat membayangkan bagai mana angin bendang itu bertiup...fuhhh..nyamannya...Tiba-tiba dia terasa bahunya itu ditepuk oleh seseorang.
"Oit..berangan lagi lah tu" tanya Puan Rozita setelah melihat anaknya itu membuat aksi seperti mengambil angin yang nyaman.
"See kan papa dah kata kalau cakap fasal balik kampung ni conform mood dia kembali punya"
Ziera hanya tersenyum sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal...
***
Ziera melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.Dia menghampiri Tasya dan Nana yang sedang menunggunya dikantin.Wajahnya pada hari itu sungguh ceria sekali seperti ada sesuatu berita gembira yang dia simpan didalam hati...Dia terus menarik kerusi yang ada dikantin itu lalu diduduk berhampiran kawan-kawannya itu.Dengan keadaan yang begitu ceria sekali pada pagi itu menyebabkan Tasya dan Nana tertanya-tanya mengapa kawan mereka yang seorang ini ceria sangat.Jarang sekali dia ceria seperti ini.
"Eh..kenapa muka kau nampak ceria sangat hari ni.Ada berita best ke?" tanya Nana sambil mendekatkan dirinya dengan Ziera untuk mengetahui apa yang sebenarnya berita yang membuatkan Ziera tersenyum pada pagi ini.
"Memang ada berita best pun" jawab Ziera dalam keadaan gembira
Mendengar sahaja Ziera berkata begitu mereka sepertinya tidak sabar untuk mendengar berita yang menarik yang bakal keluar dari mulut Ziera itu.Mereka menarik kerusi dan duduk merapati Ziera.
"Aku nak balik kampung hujung minggu ni" sambung Ziera
Tasya dan Nana yang sedari tadi bersemangat untuk mendengar berita menarik daripada Ziera tiba-tiba mengeluh.Ingatkan berita apalah yang seronok sangat tadi.Berita nak balik kampung je pun.
"Eh...kalau setakat balik kampung tak payah la nak over sangat." kata Nana
"Entah kau ni kalau setakat cerita fasal si Airiel tu tak apa lah juga aku nak dengar" sambung Tasya
Isshh...dia orang aku nak balik Penang bukannya nak balik kampung di Kampung Baru tu.Kalau di situ tak adalah aku gembira sampai macam ni.Aku rindu tau dengan suasana kampung disana.Bukan selalu nak balik.Ini pun aku rasa balik paling lama.Selalunya nak balik time raya sahaja.Itupun paling lama tiga hari.
"Aku nak balik kampung aku di Pulau Pinang...korang faham?Kalau setakat aku nak balik kampung dekat sini aku taklah over macam korang kata tu." kata Ziera sambil mengayakan over itu.
"Kau nak balik Pulau Pinang hujung minggu ni?" tanya Nana yang semacam tak percaya dengan kata-kata Ziera itu.
Biar betul dia ni.Berapa lama dia nak pergi.Habis tu sekolah macam mana takkan dia nak tinggal kot.Sudah la tahun ni tahun penting nak ambil SPM kot.Tanya Nana di dalam hati.
"Yup..aku balik sana seminggu.Mama aku pun ada uruskan dah fasal cuti aku untuk seminggu tu.Nanti dia bagi tahu cikgulah.So aku tak ada bersama koranglah dalam seminggu tu"
"Ala Ziera tak bestlah kalau kau tak ada.Kalau kau ada group ni happy tau" jawab Tasya sambil memuncungkan mulutnya.
"Issshh...tak mau sedih-sedih seminggu saja pun aku tak ada.Dah la" kata Ziera sambil memujuk-mujuk kawannya itu
Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Tasya itu.Kalau Ziera tak ada pasti mereka tak riuh seperti selalu.Group mereka inilah group yang paling riuh sekali dan hampir semua guru dan pelajar di sekolah itu mengenali mereka dengan keriuhan mereka.
***
"Ziera sebenarnya aku nak tunjuk something dekat kau...Fasal Airiel" kata Tasya kepada Nana
Cepat sahaja telinga Ziera menangkap perkataan itu.Dia semacam tak sabar sahaja nak dengar apa yang berlaku pada Airiel.Airiel itu merupakan artis tempatan yang dia minat sangat-sangat sehinggakan didalam bilik dia itu pun penuh dengan gambar Airiel.Apa yang best pada Airiel pun tak tahulah.Bukan setakat minat sahaja dalam masa yang sama dia telah pun jatuh cinta dengan Airiel semenjak jejaka itu muncul di pentas seni lagi.Biar pun Airiel tidak mengenalinya dan tak pernah pun berjumpa dengannya,dia pasti suatu hari nanti dia akan berjumpa dengan Airiel dan akan meluahkan segala isi hatinya itu.Dia tak kisah umur Airiel itu berapa tua ke muda ke asal dia boleh dapatkan si Airiel itu.Biar apa sekali pun orang nak kata dia tak kisah asalkan dia boleh dapat.Bagi dia Airiel itulah jejaka yang paling handsome.Tiada sesiapa pun yang boleh bertanding dengannya.
"Fasal Airiel apa cerita fasal dia?" tanya Ziera dengan perasaan ingin tahu
"Tak ni ha....Airiel ni dah ada penganti" kata Tasya sambil menghulurkan buku MANGGA yang baru dibelinya semalam itu.
Airiel dah ada penganti biar betul.Cepat saja dia menarik buku MANGGA yang dihulurkan itu.Dia membaca cerita yang telah di tuliskan oleh editor pada buku itu.'Ini tak boleh jadi Airiel itu milik aku.Tak ada sesiapa yang boleh mendapatkannya' kata Ziera dalam hati sambil mengetapkan bibirnya menahan geram.
"Alah kalau dia ada pengganti pun mesti putus juga seperti sebelum ini" kata Ziera untuk menyedapkan hatinya.
"Aku rasa taklah..sebab apa kau baca ni erk..." kata Tasya sambil membaca semula kata Airiel yang ditulis oleh editor itu.
Terbeliak biji mata Ziera apabila mendengar bahawa gadis itu berasal dari Pulau Pinang.'Ini tak boleh jadi.Perempuan berasal dari Pulau Pinang siapa agaknya gadis itu.Jangan buat mak su aku sudah lah.Mak su? Eh..tak mungkin ramai lagi perempuan dekat Pulau Pinang itu.' kata Ziera di dalam hati.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda selepas membaca yer...
satu pun jadilah :)