Tasya dan Nana pergi membeli makanan di kaunter pembelian di kawasan kantin sekolah manakala Ziera pula hanya menunggu mereka di pondok yang berdekatan di situ.Dia hanya memesan kuih-muih sahaja kepada mereka.Terasa malas hendak pergi beratur di situ dan juga hendak berhadapan dengan orang ramai.
Tidak lama kemudian Tasya dan Nana datang semula ke pondok.Mereka memang selalu melepak di situ pada waktu rehat dan juga hanya memakan makanan yang ringan sahaja cuma kadang-kadang sahaja mereka makan makanan yang berat-berat seperti nasi.
"Ni makanan kau.." Kata Nana sambil menyerahkan bungkusan plastik yang terdapat kuih didalamnya kepada Ziera.
"Thank You" Balas Ziera lalu mengambil bungkusan itu
"Ziera kau kenapa? Pagi tadi bukan main ceria lagi sekarang ni monyok pula apahal?" tanya Tasya
"Entah...itulah happy sangat pagi tadi tengok sekarang muka kau dah macam apa dah" sambung Nana
Ziera hanya membalas kata-kata mereka itu dengan jelingan sahaja.Macamlah mereka ni tak faham aku ini macam mana kalau dengar cerita fasal si Airiel tu..Apatah lagi kalau dengar cerita fasal dia sudah berpunya ini.Hancurlah peluang aku untuk mendapatkannya..
"Ha..aku rasakan kawan kita Tasya pasti teringatkan cerita si Airiel yang dalam buku Mangga yang suruh dia baca tadi tu..sebab apa dia kan bukan boleh dengar cerita fasal si Airiel tambah-tambah lagi kalau dia dah berpunya ni." sambung Nana panjang lebar
"Eh...kau syok dekat si Airiel tu erk..." tanya Tasya sambil mencuit bahu Ziera
Ha...aku syok dekat Airiel? Tapi memang betul pun aku syok dekat dia tapi macam mana dia orang boleh tahu soal hati aku..ishh...bahaya ni...
"Kau ni over lah babe artis jer pun.Aku tahulah kau tu fanatik gila dengan dia tapi...." belum sempat Tasya menghabiskan ayatnya Ziera telah pun memotong.
"Eh...dah-dah..korang ni aku tahulah tak payah lah nak membebel dekat aku"
"Alah kita orang membebel hari ni jer nanti seminggu kau tak ada kau tak dengar dah bebelan kita orang ni..." kata Tasya
Memang betul pun apa kata Tasya nanti dia tak ada seminggu pasti dia takkan dengar dah mereka membebel kepadanya.Dalam masa seminggu itu pasti dia akan merindui mereka.Baru tak jumpa dua hari pun dah rasa rindu apatah lagi seminggu...mereka memang tidak boleh berenggang bagaikan isi dengan kuku.Selalunya kalau cuti panjang-panjang kalau tak kemana mereka pasti jumpa juga...ini dalam seminggu tak jumpa langsung memang rindulah...dengan gelak ketawa mereka,dengan perangai mereka yang entah apa-apa lagi...
***
Hari ini hari selesa selalunya kalau lepas rehat Cikgu Rokiah pasti akan masuk terlebih awal dari waktu yang dijangkakan.Tetapi hari ini semua guru telah menghadiri mesyuarat bersama guru besar jadi tiada cikgu yang akan ganti.Apa lagi bila dengar cikgu tak ada sahaja pasti suasana di dalam kelas itu riuh rendah dengan perangai budak-budak di dalam kelas itu.Dalam suasana yang agak riuh itu tiba-tiba senyap apabila mendengar suara Atikah salah seorang daripada penghuni di dalam kelas itu menjerit...
"Eh..korang-korang mari tengok ni budak tingkatan 6 bawah dapat pelajar baru lah..handsome macam korea lagi..."
Hah handsome?macam korea? apalagi pelajar-pelajar dalam kelas tu pantang dengar perkataan handsome semua terpikat apatah lagi korea.Majoriti pelajar di dalam kelas itu semuanya minat korea.Memang tak boleh lepaslah apabila Atikah berkata begitu..
Semua pelajar-pelajar pakat keluar dan melihat pelajar baru itu.Memang tidak boleh kata apa semuanya cair kecuali Ziera.Baginya hanya Airiel seorang sahaja yang handsome dan tak ada sesiapa pun yang boleh kalah dengan kehandsoman dia tu..
"Alah...setakat macam itu pun handsome ke?" Kata Ziera dengan perasaan yang tidak berpuas hati apabila mereka menyata bahawa pelajar baru itu handsome.
"Eh..handsome apa macam tu...aku rasa dialah milik aku" Tasya mempertahankan diri.
Dia tahu Ziera tidak suka orang lain memuji lelaki lain lebih handsome daripada Airiel itu tapi sengaja dia pura tidak tahu.Ziera yang berada bersama kawan-kawannya tadi terus masuk ke dalam kelas.Terasa panas pulak hatinya bila orang berkata begitu.Dia memang tidak boleh terima hakikat bahawa ada orang yang jauh lebih handsome pada Airiel.
Tasya yang melihat Ziera masuk ke dalam kelas hanya buat tidak tahu sahaja.Bagi dia biarlah Ziera mahu buat apa pun asalkan dia boleh mencuci mata untuk melihat pelajar tingkatan 6 yang baru itu...
***
Ziera menuruni anak tangga.Dia menuju ke dapur lalu mencapai gelas yang berada di atas rak lalu menuangkan air kosong ke dalam gelas itu.Dia meneguk sedikit air itu untuk membasahi tekaknya.Dia membawa gelas itu menuju ke ruang tamu.Setelah tiba di ruang tamu kelihatan Puan Rozita dan Encik Azman sedang menonton tv.Dia mengambil tempat bersebelahan dengan mamanya itu.Memang tidak boleh berpisah dua beranak ini.Tapi bila bertemu ada sahaja lah benda yang ingin mereka rebutkan.Macam anjing dengan kucing pulak tengok mereka ini.Kadang-kadang membuatkan kepala Encik Azman itu pening dengan telatah mereka.Tetapi dia tahu yang mereka itu saling menyayangi.
"Abang,Ita lupa nak bagi tahu abang"
"Apa benda?"
"Abang ingat tak Puan Mariam kawan Ita itu"
"Puan Mariam..yang mana satu erk" Kata Encik Azman sambil mengingati semula nama yang disebutkan isterinya itu.
"Ala...abang ni Mariamlah yang Ita cakap dia hilang entah ke mana..sampai kita dengan dia pun lost contact" kata Puan Rozita yang memaksa suaminya mengingati kawan lamanya yang dulu selalu datang ke sini tiba-tiba hilang macam itu entah ke mana?Dulu masa baru-baru dia hilang itu selalu juga contact dia tetapi tiada jawapa hanya operator sahaja yang menjawab..
"Oooo...Mariam tu..abang ingat dah...kenapa dengan dia?" tanya Encik Azman dengan rasa ingin tahu.
Dia berasa pelik kenapa tiba-tiba sahaja isterinya itu menyebut nama orang yang sudah sekian lama menghilang itu.Pasti ada sesuatu ini.
"Tadi dia ada call di Ita...dia kata dia minta maaf banyak-banyak sebab menghilangkan diri begitu sahaja.Dia cakap dia bukan sengaja tapi ada sebab tertentu...Dia ingat Ita dah tukar nombor tapi dia try juga call rupanya Ita masih lagi guna nombor lama.." jelas Puan Rozita panjang lebar...
Ziera hanya mampu mendengar sahaja apa yang mereka bualkan tapi dia tak naklah masuk campur hal orang tua-tua ni.Biar lah mereka nak buat apa pun asalkan tak ganggu dia sudah...
***
Pejam celik-pejam celik sudah tiba hari yang dinanti-nantikan.Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu.Mereka sekeluarga telah pun bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman mereka di Penang.Rasa macam tidak sabar sahaja hendak sampai.Setiap kali sampai ke hentian rehat Ziera pasti akan bertanya "dah sampai ke?".Mana taknya dia yang duduk di bahagian belakang asyik tidur sahaja.Bila berhenti sahaja dia ingat sudah sampai.
Akhirnya setelah beberapa jam perjalanan mereka selamat juga tiba di kampung halaman.Ziera yang sedari tadi tidur masih tidak sedar bahawa mereka sudah sampai.Encik Azman memakirkan keretanya di depan halaman rumah.Kelihatan kakak serta adik iparnya yang terdekat sudah pun tiba.Tetapi dia tidak pasti sudah berapa lama mereka tiba.Encik Azman memusing kepalanya ke belakang.Kelihatan Ziera masih lagi nyenyak tidur.
"Tu awak geraklah anak awak tu.Tadi dia yang kecoh sangat dah sampai ke belum" kata Encik Azman menyuruh isterinya itu untuk mengejutkan anak kesayangan mereka itu.
"Ziera bangun dah sampai ni" kejut Puan Rozita
Dengan sekali kejutan sahaja Ziera sudah pun sedar.Kalau tidak payah sungguh dia hendak bangun.Mungkin semangat pulang ke kampung kot.
Ziera membetulkan rambutnya yang sudah kusut masai akibat banyak bergerak ketika tidur tadi.Setelah siap dia pun membuka pintu kereta lalu menuju masuk ke dalam rumah.
Encik Azman yang asyik mengeluarkan barang-barang di dalam bonet kereta di belakang memanggil Ziera yang sedang menuju masuk ke dalam rumah.Ziera memusingkan badannya.
"Kot ye pun tolong lah papa angkat barang ni.Takkan nak biarkan papa angkat sorang-sorang pulak"
kata Encik Azman
Dengan rasa malasnya dan dalam keadaan yang masih lagi mamai Ziera berkata "Ala mama kan ada suruh mama yang tolong"
"Mama sudah masuk ke dalam...marilah tolong papa dapat pahala tau kalau tolong.." kata Encik Azman sambil memujuk anaknya itu supaya membantunya mengangkat barang-barang dari bonet kereta.
"Yelah..yelah.."
"Macam tulah anak papa"
Dia menghampiri bonet kereta lalu mengeluarkan semua barang-barang yang ada di dalam bonet itu termasuklah beg baju yang berat itu.Walaupun hatinya rasa malas tetapi dia tetap juga melakukan kerana atas desakan papanya tadi.
***
Puan Rozita masuk ke kawasan dapur untuk melihat apa yang mereka sedang lakukan.Kelihatan mak serta adik dan kakaknya sedang memasak di dapur.Dia menghampiri mereka semua.
"Assalammualaikum..." kata Puan Rozita sambil bersalaman dengan mak,kakak serta adiknya..
"Waalaikummussalam" jawab mereka serentak..
"Hah berapa lama kau balik kali ni" tanya Raziah selaku kakak sulungnya itu
"Kali ni lama sikit along..angah ambil cuti seminggu" kata Puan Rozita sambil membahasakan diri.
Dia memerhati kearah adiknya yang sedang memasak.Dah nak kahwin pun kau erk...tak sangka kau begitu cepat membesar..Dulu masa kecil-kecil dulu dia memang suka sangat menyakat adiknya itu.Suka sangat bergaduh.Macam budak lelaki sahaja mereka berdua ni.Tetapi dalam rumah ni mana ada lelaki semua perempuan kecuali bapa mereka sahaja.Itu dulu tapi kini dia dengan Ziera pula..walaupun Ziera itu anak dia tapi dia memang suka sakat-menyakat ni.Terasa seronok pula bila kenakan orang..Tanpa dia sedari dia telah mengukirkan senyuman sehinggakan mereka semua yang ada di situ memandang dengan perasaan hairan.
"Oit..hang ni dok termenung apa? hang ingat apa sampai tersengeh macam tu.." Kata mak kepada Puan Rozita.Teguran mak itu membuatkan lamunannya terhenti..dia hanya mengelengkan kepalanya sahaja..
Barang-barang yang telah dikeluarkan dari bonet kereta tadi sudah berada di tepi pintu.Kali Ziera ingin mamanya pula bawa masuk ke bilik.Dia sudah tidak larat lagi untuk mengangkat..sudahlah tadi tidak menolong lepas itu nak suruh bawa masuk ke bilik pula..
"Mama.." jeritnya dari depan pintu.Tetapi tiada sahutan pun.Dia mencuba lagi..akhirnya panggilan itu di sahut juga oleh mamanya.
"Ini apa ni terjerit-jerit" kata Puan Rozita sambil meluru ke arah Ziera
"Ini mama angkatlah masuk bilik..Ziera dah angkat dah dari bawah tadi dengan papa.Kali ini giliran mama pula"
"Itu pun nak berkira ke?"
"Ma..bersyukurlah Ziera dah bawa masuk sampai sini..bilik kita dekat tu je ma.." kata Ziera sambil jarinya menunjuk ke arah bilik mereka yang selalu tidur tatkala pulang ke kampung.
Puan Rozita hanya menggelengkan kepalanya..'ini pun nak berkira Ziera ni..selama ni aku yang buat kerja dia tak tahu hai..apa nak jadilah' kata Puan Rozita di dalam hati..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda selepas membaca yer...
satu pun jadilah :)