-->
Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

KARYA AKU

Ditulis secara suka-suka sebagai hobi...sahaja....cerita ini telah direka tiada kena mengena yang telah hidup dan yang telah mati...

Pages

  • Home
  • Karya
  • THE LIBARARY NOVELS
  • EX LINK/BANNER

KARYA ZIEYZIE ILISHA

Sunday, March 31, 2013

TERNYATA KAU BUKAN UNTUKKU - BAB 5


     Malam itu kesemua ahli keluarga berkumpul.Biasalah bukan selalu dapat berkumpul macam inikan.Kalau nak berkumpul pun mungkin setahun adalah sekali atau dua kali itupun kerana cuti terlalu panjang.Biasalah semua pakat sibuk dengan hal masing-masing ada yang sibuk dengan kerja ada yang duduk jauh tak boleh selalu.Jadi kalau dah dapat peluang tu ambil sajalah peluang yang ada tu.

     Ziera dan dua orang sepupunya itu sudah terasa bosan mendengar orang tua-tua berborak di situ.Bukannya mereka faham pun apa yang mereka borakkan kesemuanya fasal hal-hal politik dan dunia zaman sekarang.Dengan itu Ziera telah mengajak dua orang sepupunya itu untuk berborak di luar.Lagi bagus.Mereka keluar ke halaman rumah dan duduk di sebuah pondok yang telah dibuat oleh arwah tok wan mereka dahulu.Nyaman rasanya dengan angin bendang yang ada di situ.Memang seronok Ziera kalau di ajak baling ke Pulau Pinang bukannya apa seronok bermain dengan sepupu-sepupunya bukan itu sahaja tetapi dia juga dapat merasakan angin bendang yang nyaman itu.Kalau dekat KL payah nak dapat angin yang macam ni.

     "Ziera kalau lepas SPM ni hang nak buat apa erk?" tanya Arya

      "Aku tak tahulah aku ingatkan aku nak masuk UITMlah.Nak ambil course pengurusan teknologi pejabat.Sebab apa tau, ada kawan-kawan aku yang pergi sekolah teknik dan vokasional ni dia orang cakap best course tu" jawab Ziera siap bagi sebab lagi.

     "Tapi kalau ikut kawan tak guna juga.Dia kena atas kehendak sendiri baru ada semangat nak belajar" nah Ayra dah keluarkan dah hujah dia.Dia ni kalau bab-bab beleter memang tak lekanglah dari mulut dia tu.

     'Tapi ada betulnya juga apa yang si Ayra ni cakap tak guna juga kalau belajar tu kerana nak ikut kehendak kawan je.Tapikan kalau di fikir-fikirkan balik kalau aku ambil course tu dapat juga aku belajar tentang selok belok dalam pejabat ni.Bolehlah aku ganti papa suatu hari nanti tak gaduh dah papa nak ajar aku lagi.' katanya panjang lebar didalam hati.

***

     Ziera bangun dari tidur.Dia mengeliat.Terasa malas pula hendak bangun tetapi nanti apa pula kata mak menakannya kalau anak dara bangun lewat.Dia meneliti jam pada telefon bimbitnya yang terletak di sebelahnya.Huh..selamat baru pukul lapan.Tapi itu pun dah kira lewatlah juga tu bagi dia.Tapi kenapa mamanya tak kejutkan selalu dia kejutkan.

      Ziera menepuk dahi."Oh terlupa akukan tak boleh solat sebab itu mama tak kejutkan." Dia mencapai tuala dan terus ke bilik air.

      Selesai mandi dia menuju ke bilik untuk memakai baju.Sebaik tiba di bilik dia terus mengunci pintu takut-takut kalau papanya terus terjah begitu sahaja ketika dia sedang menyalin pakaian.Papanya itu bukan boleh harap sangat suka sahaja meluru masuk tanpa mengetuk pintu dulu.Teringat dia semasa kejadian dua tahun yang lalu kisah papanya tersalah masuk bilik pergi masuk ke bilik dia.Pada waktu itu dia sedang menyalin pakaian apalagi dia menjeritlah dia.Apabila papanya tersedar yang dia tersalah bilik papanya terus menutup pintu.Sejak kejadian itulah kalau dia ingin menyalinkan pakaian dia mengunci pintu takut kejadian itu berulang lagi.Malu pun ada.

      Setelah selesai memakai baju dia terus keluar dari bilik.Hari itu dia terasa ingin mengajak sepupunya berjalan di sekitar kampung.Bosan juga asyik duduk di rumah saja. Matanya meliar mencari sepupunya itu.Sedang dia mencari akhirnya jumpa juga mereka yang sedang melayan karenah adik-adik mereka itu di pondok hadapan itu.
   
     "Korang jom pergi jalan-jalan.Kita pergi makan laksa dekat kedai Mak Ngah Liza tu nak tak" jeritnya dari dalam rumah.

     "Hang berlanja erk.." sempat lagi Ayra mengusiknya

     "Apa pulak aku pakai duit sendirilah"

     Ayra mencebik."Kedekut.."

    Ziera menghela nafas.Macam-macamlah dia orang ni."Yelah..yelah..aku berlanja."

    "Ye ke" serentak mereka berkata.Seronok mereka bila dengar sepupu mereka yang seorang itu nak berlanja.Tapi sebenarnya tadi hanya mengusik sahaja.Bukannya betul-betul pun.Tapi tak sangka pula yang Ziera tu termakan dengan usikan mereka.

    "Tapi kali ini aje erk..lain kali pakai duit sendiri." Parahlah kalau tiap-tiap ary kena belanja mereka berdua.Itu pun duit simpanan dia.Manalah dia kerja mengharapkan duit simpanan sekolah sajalah.

    "Kami?" tanya adik sepupunya a.k.a adik kepada Ayra dan Arya.

     Ziera mengaru kepalanya yang tidak gatal.'Aduh mereka ini lagi.'

     "Korang tak ada pergi cari sendiri duit tu"

     Laju sahaja mereka menarik muka.Ziera hanya buat muka tak bersalah sahaja.'Biarlah mereka nak mengadu ke apa ke aku kisah apa larat lah aku nak belanja semua'.Katanya dalam hati

     ***

      Setelah tiba di kedai Mak Ngah Liza mereka terus saja memesan laksa yang sering menjadi pilihan mereka ketika pulang ke kampung itu.Mak Ngah Liza ni bukan sesiapa mak menakan mereka juga.Dia juga merupakan sepupu kepada mak mereka bertiga ini.

     "Hai Ziera bila sampai?" erk..dia tanya bila sampai? Bukan ke dari kelmarin Ziera dengan sepupu-sepupunya itu melepak dekat bawah pondok tu.Takkan dia tak perasan pulak.

     "Kelmarin dulu Mak Ngah.Kan kelmarin ada tetamu istimewa yang datang takkan tok tak beritahu."

     "Ada..Tapi Mak Ngah tak tahu pula yang kamu balik sini" kata Mak Ngah Liza sambil membawa laksa yang dipesan oleh mereka tadi.Nasib orang tak berapa nak ada hari ini jadi cepatlah laksa mereka itu sampai.Oleh kerana orang kuranglah Mak Ngah Liza duduk bersembang sekali dengan mereka.Ye lah bukan selalu nak bersembang dengan mereka apatah Ziera.Sudahlah duduk jauh nun di KL sana nak sampai sini adalah makan masa lebih kurang empat jam itu tak kira dengan berhenti di hentian rehat lagi.Ye lah takkan nak memandu je terus tanpa henti mesti penat juga.

     Setelah selesai makan,mereka meminta diri untuk pulang ke rumah.Semasa dalam perjalanan mereka rancak bersembang tentang itu tentang ini sampai mereka tak sedar yang mereka telah pun tiba di rumah.

     "Assalammualaikum" serentak mereka memberi salam

     "Waalaikummussalam" Puan Rozita yang sudah lama menunggu mereka pulang itu menjawab dengan muka yang marah

     Mereka bertiga kehairanan.Apa fasal ni macam marah saja ada benda yang tak kena ke? Ke fasal kes tadi.Hah..sudah..

     "Kenapa Mak Ngah nampak macam marah saja ni" soal Arya.

     "Kenapa kau orang tak bawa budak-budak tu sekali pergi kedai Mak Ngah Liza?" huh..soalan di jawab dengan soalan."Mereka mengadu yang kau orang tak bawa dia orang kenapa?"

      "Lah dah pandai mengadu lah pula" kata Ziera sambil mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Geram rasanya macam nak genyeh-genyeh je budak-budak tu kecik-kecik dah pandai mengadu.

      "Ala..ma bukan Ziera tak bawa ma..tapi ma Ziera cakap nak belanja dia orang berdua jer.Duit simpanan Ziera bukannya banyak pun.Takkan Ziera nak belanja semua kot" terang Ziera panjang lebar

      "Aah la Mak Ngah lagi pun kan Ziera dah suruh depa minta duit dekat mama.Kami cuma pergi dulu je tadi." Arya turut membela Ziera.Sengaja tak nak kecoh-kecoh depan rumah.Tapi memang betul pun Ziera ada juga cakap pergi cari duit sendiri.Eh..dia suruh cari duit sendiri tapi dia tak suruh pun minta duit dekat siapa-siapa.Ah..lantaklah.

      "Habis tu hampa tak beli ke dekat depa sikit?" tanya Mak Long

      "Tak" jawab Ziera dengan ringkas."Eh dah lah jom la masuk malaslah" Ajak Ziera.Malas hendak mendengar leteran daripada mamanya itu.

     "Tak boleh.Korang kena juga pergi beli dekat dia orang kalau tidak tak boleh masuk"

      Terkejut muka mereka apabila di katakan begitu.Soal makanan pun nak kecoh ke.Suruh la mereka beli sendiri tak boleh ke?Kedai Mak Ngah Liza tu bukannya jauh mana pun dekat situ je.Ziera dengan keras hati dan kepalanya terus je terjah masuk begitu sahaja.Malas hendak melayan.Asyik-asyik dengan budak-budak tu je.Geram hatinya.Sepupunya yang lain pun turut mengikut Ziera.

      "Hai..hai..nak pergi mana tu" panggil Puan Rozita dari belakang namun tidak pun dihiraukan oleh mereka.Puan Rozita hanya mengelengkan sahaja melihat perangai anaknya itu.

***

     Pejam celik pejam celik sudah seminggu mereka di situ.Ziera yang suudah siap berkemas dari semalam terasa berat hatinya untuk pulang.Terasa seronok pula.Walaupun seminggu tetapi masih lagi tidak puas hendak bermesra dengan sepupu-sepupunya itu.Tetapi nak buat macam mana sudah seminggu tinggal pelajaran di sekolah.Sudahlah trial pun berapa bulan saja lagi.Itu baru trial belum lagi peperiksaan sebenar.Dia mengatur langkah keluar dari bilik dengan perasaan sedih dan berat hati hendak pulang ke rumah.

     "Tak apalah Ziera nanti cuti datang lagi erk.."kata tok memujuk "Ha..bulan depankan ada orang itu nak kena masuk meminang boleh la datang lagi." kata tok lagi sambil matanya menjeling ke arah anaknya yang bongsu itu.Siapa lagi kalau bukan Rasya.Ziera hanya senyum sahaja.

     "Dah salam semua.." pesan Puan Rozita kepada anaknya itu.

     Ziera salam dengan semua orang yang ada di dalam rumah itu termasuklah sepupu-sepupunya.Hatinya terasa sedih hendak meninggalkan semua.Tanpa dia sedari air matanya sudah membasahi pipi ketika dia hendak bersalaman denga dua orang sepupu karibnya itu.

     "Sudahlah Ziera bukannya kita tak boleh jumpa lagi.Bulan depankan boleh jumpa lagi" kata Ayra sambil memujuk.Apabila mendengar kata-kata Ayra itu terus memeluk Ayra.

     "Aku tak tahu..boleh ke tak datang sebabkan bulan depan dah trial" jawab Ziera tersekat-sekat kerana menangis.

     "Ala bukannya tahu pun bila yang pasti bulan depan" kata Ayra lagi.

     "Ziera mari ikut mak su sat" kata Rasya sambil membawa Ziera ke belakang rumah.Macam ada sesuatu dia hendak kasi dekat anak menakan kesayangan dia tu.Tapi tidak tahu apa.Ziera hanya turut sahaja

     "Kenapa mak su?" tanya Ziera yang masih lagi tidak tahu apa tujuan mak sunya mengajaknya ke belakang rumah.

     "Tak ni ha..mak su nak kasi nombor telefon bakal pak su Ziera ni." hah? sebab tu jer pun sampai bawa ke belakang rumah ni.Ziera yang sedari sedih turut ketawa.Kelakar rasanya.Gara-gara nombor telefon je pun sampai ajaknya ke belakang rumah mana tak kelakar.Rasya berkerut dahi.Hairan.Kenapa anak menakannya itu ketawa kelakar sangat ke?Setahunya dia tidak ada buat lawak pun.

     "Eh..apsal gelak" bahasa Penangnya sudah ditukar kepada bahasa KL lah pulak

     "Tak adalah mak su bawa Ziera sampai belakang rumah semata-mata nak bagi nombor telefon ni je.Mana tak kelakar mak su.Pandai je mak su buat lawak semata-mata nak hilangkan sedih Ziera ni" Ziera terus ketawa lagi.Terasa macam nak guling-guling je atas tanah tu sebab kelakar.

     Rasya menampar bahu Ziera yang tak habis gelak " Eh..nombor ni hanya orang yang tertentu je tau boleh dapat.Tak semua orang boleh dapat.Tak suka eh..dapat nombor dari artis kesayangan sendiri"

     Hah?Artis kesayangan?Haisyh...rezeki ni mana boleh tolak.Lagi pun betul apa cakap mak su bukan semua orang boleh dapat nombor tu.Hanya orang tertentu sahaja.

     "Mak su kalau boleh tak nak bagi tapi oleh kerana dia ni surah bagi mak su terpaksalah." 

      Kening Ziera sudah bertaut.'Kenapa Airiel suruh maksu bagi nombor dia dekat aku pula.Dia suka dekat aku kot' Ziera sudah berangan di dalam hatinya.

     "Kenapa dia suruh bagi pulak" tanya Ziera

      "Entah sebab dia kata ada kerja nak bagi dekat Ziera."

      Kerja?Kerja apa pulak ni.Sekolah pun tak habis lagi dah cakap fasal kerja.

     "Kerja apa pulak maksu?"

     Rasya mengjongketkan bahu tanda tidak tahu.Rasya yang malas hendak bertanya lagi terus bersetuju hendak menyalin nombor telefon itu.Bukannya apa.Bukannya senang hendak dapat nombor telefon artis ni.Sudah la popular.Rezeki ni jangan di tolak.

     

      

     

     

     





Posted by KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... at 10:19 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, March 27, 2013

TERNYATA KAU BUKAN UNTUKKU - BAB 4


      Jam loceng yang menunjukkan pukul 6.30 pagi itu berbunyi.Puan Rozita bangun dan mengejutkan suami dan anaknya yang masih lagi tidur.Dia turun dari katil lalu menuju ke pintu bilik.Dia membuka pintu bilik tersebut dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat subuh.

      Setelah selesai dia kembali ke bilik untuk solat subuh.Kelihatan suami dan anaknya sudah bangun namun belum lagi bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk.

      "Cepatlah pergi ke bilik air tu...kang lambat pulak..nanti subuh habis kang dah tak boleh solat" kata Puan Rozita kepada anak dan suaminya.

      "Ma..Ziera cutilah ma...tengok ni.." Ziera menunjukkan segumpal darah yang melekat pada tilam yang dia tidur.

       "Kalau macam tu pergilah mandi terus lepas tu cuci sarung tilam tu.." 

       Ziera mengikut sahaja arahan yang diberi oleh mamanya.Dia mencapai kain tuala yang tersangkut di penyidai kayu itu lalu terus sahaja menuju ke bilik air.Dia mengkuak pintu bilik air itu.Belum sempat dia melangkah masuk tiba-tiba tangannya di tarik oleh seseorang.Dia menoleh ke belakang.Papa.

      "Biar papa masuk dulu Ziera nak mandi nanti lambat pula papa nak solat" kata Encik Azman..

       Dia terpaksa mengalah lagi.Dia membiarkan saja papanya masuk ke dalam bilik air.Memang betul pun kalau papanya masuk dulu sebab papanya mahu solat dia tak boleh solat so..terpaksalah..Setelah papanya selesai barulah gilirannya pula untuk masuk ke bilik air..

***

     Jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 tengahari.Rasya tak sabar hendak menantikan kehadiran kekasihnya itu.Dia ke hulu ke hilir bagaikan tidak sabar rasanya.Mana taknya dah lama tak berjumpa asyik bersembang dalam telefon je..

     Ziera dan sepupunya yang lain berada didapur untuk menolong orang tua-tua membuat kerja di dapaur.Ya lah kan sebentar lagi bakal pak menakan mereka itu akan tiba.Entah macam mana rupanya.Entah handsome entah tidak pun tak tahu.Katanya bakal pak su mereka itu dari KL.

      Airiel membelok keretanya ke sebelah kanan dan berjalan terus menuju ke rumah yang sekelompok berada di situ.

      "Airiel betul ke ni rumah dia?" tanya Ifghan yang merangkap sepupu kepada Airiel.Sengaja Airiel membawanya supaya tidak sesat jalan.Ifghan memang tahu jalan hendak menuju ke sini cuma dia tidak tahu rumah yang hendak dituju itu saja.

      "Entahlah kita trylah tanya orang dekat sini" Ifghan hanya mengiakan sahaja kata-kata Airiel itu.

      Mereka keluar dari kereta baru sahaja hendak memberi salam ada seorang perempuan datang menghampiri.

      "Awak dah sampai..pandai pulak awak cari rumah" kata Rasya

      "Tak sebenarnya saya nak tanya alamat rumah ni saya tak tahu pulak yang saya dah jumpa"

     "Hah..apa tunggu lagi marilah masuk" ajak Rasya

      Puan Rozita memberitahu kepada anak dan juga anak menakannya yang sedari tadi menolong dia dan juga yang  lain di dapur bahawa tetamu istimewa telah pun tiba dan mereka diarahkan supaya membancuh air dan sediakan apa yang patut untuk tetamu.Setelah memberitahu dia kembali ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang datang itu.

      "Wei...agak-agak handsome tak bakal pak su kita tu." tanya Ayra

       "Manalah aku tahiu kalau kau nak tahu pergilah tengok tak pun kejap lagi masa kita hantar semua makanan dan minuman ni kita sama-sama tengok" kata Ziera.

       Kesemua makanan dan minuman telah pun di sediakan cuma hendak tunggu dihidangkan sahaja.Ziera membawa air manakala Ayra dab Arya membawa makanan yang berisi kuih dan juga puding-puding yang sudah siap dilakukan sejak kelmarin lagi.

      Mereka meletakkan kesemua makanan dan juga air itu di atas meja makan.Mereka belum perasan lagi tentang kehadiran Airiel dan juga Ifghan.Ziera menoleh ke belakang alangkah terkejutnya dia bahawa lelaki yang dia amat mencintai tanpa diketahui oleh semua orang berada disitu."Airiel" katanya perlahan

     "Ha..Airiel ini semua anak menakan Rasya yang hujung tu Ayra sebelahnya itu Arya dan yang ini Ziera" kata tok sambil menundingkan jarinya kepada mereka.

     Mereka hanya tersenyum sahaja.Macam tidak sangka bahawa bakal paksu mereka itu seorang artis yang popular.Mereka tidak mahu lama-lama disitu kerana itu urusan hal orang tua-tua lalu mereka pergi semula ke dapur.Ziera sempat lagi menjeling sebelum dia pergi bersama dua orang sepupunya itu.Mereka duduk di kerusi di bahagian dapur.Ziera hanya termenung.'Itu ke bakal paksu aku.Takkan lah kot.Aku nakkan si Airiel tu dia cinta hati aku.Walaupun dia tak tahu tapi suatu hari nanti aku akan luahkan juga.Tapi dia nak jadi milik maksu.Tak apa sekarang ini mak su belum lagi sah menjadi isterinya dan aku bolehlah nak merampasnya dari maksu aku.Aku tak kisah walau bagimana sekali pun dia akan menjadi milik aku bukan mak su' Ziera memasang tekad.

    ***

     Setelah sekian lama mereka berborak dan kini tiba masanya untuk mereka pulang.Airiel dan Ifghan meminta izin kepada semua untuk pulang.

     "Kami pulang dululah..lagi pun hari dah petang ni lain kali saya datang lagi.Tengoklah sebulan lagi saya suruh mak dan ayah saya datang merisik Rasya" katanya sambil menjeling ke arah Rasya.

     Rasya rasa semacam tak percaya sahaja apabila Airiel berkata begitu.Dia hanya tersenyum ingin sahaja dia melompat keriangan.

      "Ha...yelah" tok mengiakan sahaja kata-kata Airiel tadi.Airiel dan Ifghan bersalaman dengan tok dan tidak lupa untuk meminta maaf sekiranya ada kesalahan dalam perbualan mereka tadi.Dia melangkah menuju ke pintu.

      "Eh...tunggu..tunggu..tunggu.." tiba-tiba sahaja ada suara datang dari dapur.Langkah mereka terhenti di situ.Kelihatan Ziera datang dengan tergesa-gesa dari dapur.Apahal pulak dia ni,tiba-tiba saja

      "Takkanlah dengan bakal mak mentua je salam dengan anak menakan..opps" sempat dia menutup mulutnya kerana tersalah kata "sorry bakal anak menakan ni tak nak ke" sempat lagi dia meminta maaf sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Airiel.

      "Ziera" tegur Puan Rozita sambil menjegilkan mata kepada anaknya itu.Ziera hanya buat tak tahu sahaja dengan teguran itu.

       "Tak apalah" Airiel faham mungkin peminatnya barangkali.Bukan senang hendak bertemu.Dia menyambut salam Ziera itu sambil tersenyum.

      Ziera rasa bahagia sangat apabila tangannya di sentuh oleh artis kesayangannya yang merupakan suri dihatinya.

      






      
Posted by KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... at 10:58 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 24, 2013

TERNYATA KAU BUKAN UNTUKKU - BAB 3

      Kesemua wartawan dan juga media meluru ke arah Airiel tatkala melihat melihat Airiel baru sahaja keluar dari sebuah hotel kerana mengadakan photoshoot.Airiel yang terkejut seketika apabila melihat wartawan-wartawan meluru kearahnya itu membuat muka seperti tiada apa-apa?

      "Airiel dengar kata awak dah ada penganti dan ingin melamarnya tak lama lagi betul ke" tanya seorang wartawan yang berbaju kurung berbunga merah itu..

      "Ya..memang saya sudah ada penganti tetapi nak melamar itu lambat lagilah kot sebabnya saya hanya ingin berjumpa dengan familynya sahaja." jawab Airiel dengan tenang dan jujur..

     "Dengar kata bekas kekasih Airiel cemburu dan tidak berpuas hati dengan Airiel sebab putuskan hubungan korang begitu sahaja" tanya lagi seorang wartawan yang berbaju t-shirt hijau itu..

      Airiel berasa begitu terkejut dengan soalan yang diajukan itu tadi.Rasanya bekas kekasih dia itu yang minta putus bukannya dia.Itu pun atas dasar yang keluarga dia tidak terima dia.Biar betul? Itu gosip sahaja tu...

     "Saya rasa tidak...sebab bukan saya yang minta putus dengan dia tetapi dia yang minta putus dengan saya sebab family dia tidak terima saya itu sahaja..saya pun faham dia...jadi saya hanya redha sahaja dengan ketentuannya.." jawab Airiel dengan tenang...

    Dia yang sudah malas hendak melayan kesemua wartawan-wartawan itu pergi begitu sahaja..Bukannya dia tidak mahu hormatkan wartawan-wartawan tetapi dia sudah malas dengan gosip-gosip yang timbul..tetapi hatinya masih tertanya-tanya adakah benar bekas kekasihnya itu melakukan sedemikian...apa-apa pun dia harus berjumpa dengan bekas kekasihnya itu...

***

      Handphone yang berjenama samsung milik Rasya itu berdering.Laju sahaja tangan Rasya menekan butang pada skrin telefonnya itu apabila tertera nama kekasihnya di situ.

     "Hello...assalammualaikum awak.." jawab Rasya memberi salam

     "Awak jangan percayakan..."

     "Gossip?"

     Belum sempat kekasihnya itu meghabiskan ayat Rasya terus memotong seolah-olah tahu apa yang ingin membicarakan oleh kekasihnya itu...

     "Awak saya percayakan awak saya tahu dunia awak pasti akan kena dengan gossip-gossip yang tak pernah wujud punya..kalau betul awak tak buat saya yakin nanti suatu hari tuhan akan membalas pada orang yang buat gossip itu tapi kalau awak buat..saya tak tahulah" sambung Rasya panjang lebar..

    "Terima kasih awak...sebab percayakan saya.." 

    " Sama-sama..Esok nak datang pukul berapa ni"

    " Dalam pukul 2.30...saya tengan on the way pergi rumah mak ngah saya ni dekat Penang"
    "Ok...hati-hati tau.." pesan Rasya sebelum meletakkan panggilan itu..

    Dia tersenyum sendiri apabila dia dapat juga mendengar suara kekasihnya itu walaupun kekasihnya itu sibuk disebabkan banyak shoot yang perlu di hadirinya...tanpa dia sedari anak-anak menakannya itu sedari tadi asyik memerhatikannya ketika dia bercakap dalam telefon lagi..

    "Ooooo...mak su cakap dengan boyfriend erk..." kata anak menekannya yang masih kecil lagi.Umur mereka dalam lingkungan 5 hingga 7 tahun...

    Dia yang asyik tersenyum dari tadi terkejut melihat anak-anak menakannya itu berada di situ..'mereka ni perhatikan aku dari tadi ke?' tanya Rasya dalam hati..
    "Oit...hampa semua apa tau..hampa semua kecik lagi tok sah nak ambil tahu hal orang dewasa.Dah pergi main dengan kakak-kakak hampa dekat luar tu.Jangan kacau mak su" marah Rasya..

     Kecil-kecil dah pandai fasal pak we mak we kalau besar nanti tak tahulah macam mana? Melihat anak-anak menakannya masih lagi belum beredar dari situ dia terus mengarahkan anak-anak menakannya itu pergi main jauh-jauh...sambil majalah yang terdapat di tangannya itu di angkat membuat syarat untuk membaling.Mereka yang melihat mak su mereka melakukan sebegitu terus berlari keluar...

     "Hah tahu takut.." kata Rasya sambil tergelak kecil melihat telatah anak menakannya tadi..

     ***

     "Korang bukan ker kalau seorang kekasih hati nak datang hanya untuk melihat keluarga sahaja boleh datang macam tu jer tanpa panggil adik beradik lain?" tanya Ziera kepada dua orang sepupunya itu..

     "Memang lah...tak kisah kalau hanya mak dan ayah kita sahaja yang melihatnya.Tapi hang bukan tak tau perangai tok tu macam mana kalau nak buat seseuatu kerja tu bukan bukannya dia mau buat sorang-sorang kalau boleh dia nak semua orang tau..tambah-tambah lagi bab-bab nak menambah menantu ni..." jelas Ayra yang merangkap kakak sepupunya yang umurnya hanya muda 2 tahun dari Ziera..

    Memang betul tok mereka macam tu jenis tidak suka buat kerja sorang-sorang mesti nak juga kongsi dengan anak menantunya malahan jua jiran-jiran yang ada di situ..bagi dia,dia tak nak lah dia sorang sahaja yang tahu klu boleh dia nak juga semua orang tahu..

    Sedang mereka rancak bersembang fasal perkara ini tiba-tiba mereka terdengar seperti sekumpulan kanak-kanak gelak kecil tapi tidak tahu dari mana datangnya gelakan itu.Dengar seperti di belakang pokok mempelam tu.Arya yang juga merangkap sepupu Ziera yang umurnya sebaya dengan Ziera bangun untuk pergi melihat di belakang pokok itu.Ternyata benar ada sekumpulan kanak-kanak sedang tergelak kecil.Entah apa yang mereka gelakkan mungkin mereka dengar perbualan mereka tadi sebab itu mereka gelak.Budak-budak mana nak tahu apa.

      "Oit...hampa dok buat apa dekat belakang pokok ni...gelak-gelak" kata Arya dengan nada sedikit meninggi.

      "Along,angah dengan Kak Ziera pun cakap fasal pak we juga erk" kata seorang budak lelaki sambil tergelak-gelak.Budak lelaki yang berumur 7 tahun itu merupakan adik kepada Ayra dan Arya.

      Arya menahan geramnya.'budak-budak ni kecik-kecik lagi dah pandai bab ni' kata Arya dalam hati...

      "Dah pergi main jauh-jauh..jangan kacau hal orang dewasa.sibuk je pergi.." marah Arya.

      Tak padan dengan kecik.Sekumpulan budak kecil tadi itu berlari menuju ke arah bendang yang terdapat di belakang rumah itu.Mungkin takut bila tengok Arya marah tadi.Padan la dengan muka mereka buat lagi kan dah kena marah.


    ***

     Puan Rozita bersama kakak dan adiknya itu sedang memasak di dapur untuk makan malam.Ziera yang baru sahaja keluar dari biliknya dengan tuala tersidai dibahu untuk mandi itu terhidu bau yang mengenakkan dia sudah tahu itu pasti buatan maksunya ataupun mamanya.Mama dan juga maksunya itu kalau bab memasak serah sahaja pada mereka.Kalah Chef Wan.Dia terus pergi ke dapur ke dapur.Dia mengambil bau itu sedalam-dalamnya.Huh..memang enak.Sedang asyik dia mengambil bau tiba-tiba terasa bahunya dicuit oleh seseorang.Pantas dia beralih ke belakang.

     "Eh...tok..tok buat apa dekat sini" tanya Ziera.

     'Tok nampak ke aku ambil bau masakan yang enak tu tadi..' tanyanya dalam hati
  
     "Tok tengok dari tadi hang dok ambil bau.Dalam hang dok ambil bau tu hang ada bau apa-apa tak?"tanya tok yang seakan-akan memerli Ziera yang belum mandi itu.

     "Bau ayam masak pedas adalah tok" kata Ziera yang pura-pura tidak tidak tahu.Sebenarnya dia tahu yang tok sedang memelinya tidak mandi lagi tetapi dia sengaja jawab begitu.

      "Tapi tok tak bau ayam masak pedas..." kata tok lagi

     Ziera yang seakan-akan faham itu meminta diri dulu untuk mandi.Tok yang menghantar Ziera ke bilik mandi dengan matanya itu hanya mengelengkan kepala.Macam-macam budak ni..

***

      Semua makanan sudah siap dihidang cuma bersedia untuk dimakan.Arya yang sedari tadi menahan lapar terliur melihat ayam masak pedas yang merupakan favouritenya itu.Setelah selesai membaca doa,laju sahaja tangan Arya mencapai sudu untuk mencedok ayam masak pedas itu.Lain pula dengan Rasya yang hanya tersenyum sahaja dari tadi.Di dalam hatinya sudah rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya itu.Namun tiada siapa pun yang tahu hatinya sudah tidak sabar untuk menanti kehadiran kekasihnya esok.

     Setelah habis menjamu selera mereka pun berkemas-kemas.Ziera yang terasa malas hendak menolong laju sahaja kakinya melangkah menuju kearah ruang tamu untuk menonton TV.Dia mencapai alat kawalan jauh itu lalu menekan butang 'on' untuk membuka TV.

      Ayra datang menghampiri Ziera yang sedang asyik menonton TV itu.Dia mengambil tempat di sebelah Ziera.Dia hanya menonton sahaja apa yang Ziera buka.Ziera yang sudah terasa bosan dengan siaran yang ditonton itu mencapai alat kawalan jauh lalu membuka saluran TV9.Tiba-tiba muncul wajah Airiel di Tv sebagai iklan untuk HIP TV.Dia hanya tersenyum sahaja melihat wajah itu.Dalam hatinya berkata 'suatu hari nanti kau akan jadi milik aku.Kau hanya untuk aku.Tiada sesiapa pun yang boleh mendapatkan kau Airiel.Selagi aku tak dapat orang lain pun tidak boleh dapat kan kau.'


     
Posted by KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... at 7:32 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 17, 2013

TERNYATA KAU BUKAN UNTUKKU - BAB 2


      Tasya dan Nana pergi membeli makanan di kaunter pembelian di kawasan kantin sekolah manakala Ziera pula hanya menunggu mereka di pondok yang berdekatan di situ.Dia hanya memesan kuih-muih sahaja kepada mereka.Terasa malas hendak pergi beratur di situ dan juga hendak berhadapan dengan orang ramai.
Tidak lama kemudian Tasya dan Nana datang semula ke pondok.Mereka memang selalu melepak di situ pada waktu rehat dan juga hanya memakan makanan yang ringan sahaja cuma kadang-kadang sahaja mereka makan makanan yang berat-berat seperti nasi.

      "Ni makanan kau.." Kata Nana sambil menyerahkan bungkusan plastik yang terdapat kuih didalamnya kepada Ziera.

      "Thank You" Balas Ziera lalu mengambil bungkusan itu

      "Ziera kau kenapa? Pagi tadi bukan main ceria lagi sekarang ni monyok pula apahal?" tanya Tasya

      "Entah...itulah happy sangat pagi tadi tengok sekarang muka kau dah macam apa dah" sambung Nana

      Ziera hanya membalas kata-kata mereka itu dengan jelingan sahaja.Macamlah mereka ni tak faham aku ini macam mana kalau dengar cerita fasal si Airiel tu..Apatah lagi kalau dengar cerita fasal dia sudah berpunya ini.Hancurlah peluang aku untuk mendapatkannya..

     "Ha..aku rasakan kawan kita Tasya pasti teringatkan cerita si Airiel yang dalam buku Mangga yang suruh dia baca tadi tu..sebab apa dia kan bukan boleh dengar cerita fasal si Airiel tambah-tambah lagi kalau dia dah berpunya ni." sambung Nana panjang lebar

      "Eh...kau syok dekat si Airiel tu erk..." tanya Tasya sambil mencuit bahu Ziera

     Ha...aku syok dekat Airiel? Tapi memang betul pun aku syok dekat dia tapi macam mana dia orang boleh tahu soal hati aku..ishh...bahaya ni...

      "Kau ni over lah babe artis jer pun.Aku tahulah kau tu fanatik gila dengan dia tapi...." belum sempat Tasya menghabiskan ayatnya Ziera telah pun memotong.

      "Eh...dah-dah..korang ni aku tahulah tak payah lah nak membebel dekat aku"

      "Alah kita orang membebel hari ni jer nanti seminggu kau tak ada kau tak dengar dah bebelan kita orang ni..." kata Tasya

      Memang betul pun apa kata Tasya nanti dia tak ada seminggu pasti dia takkan dengar dah mereka membebel kepadanya.Dalam masa seminggu itu pasti dia akan merindui mereka.Baru tak jumpa dua hari pun dah rasa rindu apatah lagi seminggu...mereka memang tidak boleh berenggang bagaikan isi dengan kuku.Selalunya kalau cuti panjang-panjang kalau tak kemana mereka pasti jumpa juga...ini dalam seminggu tak jumpa langsung memang rindulah...dengan gelak ketawa mereka,dengan perangai mereka yang entah apa-apa lagi...

***

      Hari ini hari selesa selalunya kalau lepas rehat Cikgu Rokiah pasti akan masuk terlebih awal dari waktu yang dijangkakan.Tetapi hari ini semua guru telah menghadiri mesyuarat bersama guru besar jadi tiada cikgu yang akan ganti.Apa lagi bila dengar cikgu tak ada sahaja pasti suasana di dalam kelas itu riuh rendah dengan perangai budak-budak di dalam kelas itu.Dalam suasana yang agak riuh itu tiba-tiba senyap apabila mendengar suara Atikah salah seorang daripada penghuni di dalam kelas itu menjerit...

      "Eh..korang-korang mari tengok ni budak tingkatan 6 bawah dapat pelajar baru lah..handsome macam korea lagi..."

      Hah handsome?macam korea? apalagi pelajar-pelajar dalam kelas tu pantang dengar perkataan handsome semua terpikat apatah lagi korea.Majoriti pelajar di dalam kelas itu semuanya minat korea.Memang tak boleh lepaslah apabila Atikah berkata begitu..

      Semua pelajar-pelajar pakat keluar dan melihat pelajar baru itu.Memang tidak boleh kata apa semuanya cair kecuali Ziera.Baginya hanya Airiel seorang sahaja yang handsome dan tak ada sesiapa pun yang boleh kalah dengan kehandsoman dia tu..

      "Alah...setakat macam itu pun handsome ke?" Kata Ziera dengan perasaan yang tidak berpuas hati apabila mereka menyata bahawa pelajar baru itu handsome.

      "Eh..handsome apa macam tu...aku rasa dialah milik aku" Tasya mempertahankan diri.

      Dia tahu Ziera tidak suka orang lain memuji lelaki lain lebih handsome daripada Airiel itu tapi sengaja dia pura tidak tahu.Ziera yang berada bersama kawan-kawannya tadi terus masuk ke dalam kelas.Terasa panas pulak hatinya bila orang berkata begitu.Dia memang tidak boleh terima hakikat bahawa ada orang yang jauh lebih handsome pada Airiel.

      Tasya yang melihat Ziera masuk ke dalam kelas hanya buat tidak tahu sahaja.Bagi dia biarlah Ziera mahu buat apa pun asalkan dia boleh mencuci mata untuk melihat pelajar tingkatan 6 yang baru itu...

***

      Ziera menuruni anak tangga.Dia menuju ke dapur lalu mencapai gelas yang berada di atas rak lalu menuangkan air kosong ke dalam gelas itu.Dia meneguk sedikit air itu untuk membasahi tekaknya.Dia membawa gelas itu menuju ke ruang tamu.Setelah tiba di ruang tamu kelihatan Puan Rozita dan Encik Azman sedang menonton tv.Dia mengambil tempat bersebelahan dengan mamanya itu.Memang tidak boleh berpisah dua beranak ini.Tapi bila bertemu ada sahaja lah benda yang ingin mereka rebutkan.Macam anjing dengan kucing pulak tengok mereka ini.Kadang-kadang membuatkan kepala Encik Azman itu pening dengan telatah mereka.Tetapi dia tahu yang mereka itu saling menyayangi.

      "Abang,Ita lupa nak bagi tahu abang"

      "Apa benda?" 

      "Abang ingat tak Puan Mariam kawan Ita itu"

      "Puan Mariam..yang mana satu erk" Kata Encik Azman sambil mengingati semula nama yang disebutkan isterinya itu.

       "Ala...abang ni Mariamlah yang Ita cakap dia hilang entah ke mana..sampai kita dengan dia pun lost contact" kata Puan Rozita yang memaksa suaminya mengingati kawan lamanya yang dulu selalu datang ke sini tiba-tiba hilang macam itu entah ke mana?Dulu masa baru-baru dia hilang itu selalu juga contact dia tetapi tiada jawapa hanya operator sahaja yang menjawab..

       "Oooo...Mariam tu..abang ingat dah...kenapa dengan dia?" tanya Encik Azman dengan rasa ingin tahu.

       Dia berasa pelik kenapa tiba-tiba sahaja isterinya itu menyebut nama orang yang sudah sekian lama menghilang itu.Pasti ada sesuatu ini.

        "Tadi dia ada call di Ita...dia kata dia minta maaf banyak-banyak sebab menghilangkan diri begitu sahaja.Dia cakap dia bukan sengaja tapi ada sebab tertentu...Dia ingat Ita dah tukar nombor tapi dia try juga call rupanya Ita masih lagi guna nombor lama.." jelas Puan Rozita panjang lebar...

        Ziera hanya mampu mendengar sahaja apa yang mereka bualkan tapi dia tak naklah masuk campur hal orang tua-tua ni.Biar lah mereka nak buat apa pun asalkan tak ganggu dia sudah...

***
       Pejam celik-pejam celik sudah tiba hari yang dinanti-nantikan.Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu.Mereka sekeluarga telah pun bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman mereka di Penang.Rasa macam tidak sabar sahaja hendak sampai.Setiap kali sampai ke hentian rehat Ziera pasti akan bertanya "dah sampai ke?".Mana taknya dia yang duduk di bahagian belakang asyik tidur sahaja.Bila berhenti sahaja dia ingat sudah sampai.

       Akhirnya setelah beberapa jam perjalanan mereka selamat juga tiba di kampung halaman.Ziera yang sedari tadi tidur masih tidak sedar bahawa mereka sudah sampai.Encik Azman memakirkan keretanya di depan halaman rumah.Kelihatan kakak serta adik iparnya yang terdekat sudah pun tiba.Tetapi dia tidak pasti sudah berapa lama mereka tiba.Encik Azman memusing kepalanya ke belakang.Kelihatan Ziera masih lagi nyenyak tidur.

       "Tu awak geraklah anak awak tu.Tadi dia yang kecoh sangat dah sampai ke belum" kata Encik Azman menyuruh isterinya itu untuk mengejutkan anak kesayangan mereka itu.

       "Ziera bangun dah sampai ni" kejut Puan Rozita

       Dengan sekali kejutan sahaja Ziera sudah pun sedar.Kalau tidak payah sungguh dia hendak bangun.Mungkin semangat pulang ke kampung kot.

       Ziera membetulkan rambutnya yang sudah kusut masai akibat banyak bergerak ketika tidur tadi.Setelah siap dia pun membuka pintu kereta lalu menuju masuk ke dalam rumah.

       Encik Azman yang asyik mengeluarkan barang-barang di dalam bonet kereta di belakang memanggil Ziera yang sedang menuju masuk ke dalam rumah.Ziera memusingkan badannya.

       "Kot ye pun tolong lah papa angkat barang ni.Takkan nak biarkan papa angkat sorang-sorang pulak"
kata Encik Azman

       Dengan rasa malasnya dan dalam keadaan yang masih lagi mamai Ziera berkata "Ala mama kan ada suruh mama yang tolong"

       "Mama sudah masuk ke dalam...marilah tolong papa dapat pahala tau kalau tolong.." kata Encik Azman sambil memujuk anaknya itu supaya membantunya mengangkat barang-barang dari bonet kereta.

       "Yelah..yelah.."

       "Macam tulah anak papa"

      Dia menghampiri bonet kereta lalu mengeluarkan semua barang-barang yang ada di dalam bonet itu termasuklah beg baju yang berat itu.Walaupun hatinya rasa malas tetapi dia tetap juga melakukan kerana atas desakan papanya tadi.

***

      Puan Rozita masuk ke kawasan dapur untuk melihat apa yang mereka sedang lakukan.Kelihatan mak serta adik dan kakaknya sedang memasak di dapur.Dia menghampiri mereka semua.

      "Assalammualaikum..." kata Puan Rozita sambil bersalaman dengan mak,kakak serta adiknya..

      "Waalaikummussalam" jawab mereka serentak..

      "Hah berapa lama kau balik kali ni" tanya Raziah selaku kakak sulungnya itu

      "Kali ni lama sikit along..angah ambil cuti seminggu" kata Puan Rozita sambil membahasakan diri.

      Dia memerhati kearah adiknya yang sedang memasak.Dah nak kahwin pun kau erk...tak sangka kau begitu cepat membesar..Dulu masa kecil-kecil dulu dia memang suka sangat menyakat adiknya itu.Suka sangat bergaduh.Macam budak lelaki sahaja mereka berdua ni.Tetapi dalam rumah ni mana ada lelaki semua perempuan kecuali bapa mereka sahaja.Itu dulu tapi kini dia dengan Ziera pula..walaupun Ziera itu anak dia tapi dia memang suka sakat-menyakat ni.Terasa seronok pula bila kenakan orang..Tanpa dia sedari dia telah mengukirkan senyuman sehinggakan mereka semua yang ada di situ memandang dengan perasaan hairan.

      "Oit..hang ni dok termenung apa? hang ingat apa sampai tersengeh macam tu.." Kata mak kepada Puan Rozita.Teguran mak itu membuatkan lamunannya terhenti..dia hanya mengelengkan kepalanya sahaja..

     Barang-barang yang telah dikeluarkan dari bonet kereta tadi sudah berada di tepi pintu.Kali Ziera ingin mamanya pula bawa masuk ke bilik.Dia sudah tidak larat lagi untuk mengangkat..sudahlah tadi tidak menolong lepas itu nak suruh bawa masuk ke bilik pula..

      "Mama.." jeritnya dari depan pintu.Tetapi tiada sahutan pun.Dia mencuba lagi..akhirnya panggilan itu di sahut juga oleh mamanya.
  
     "Ini apa ni terjerit-jerit" kata Puan Rozita sambil meluru ke arah Ziera

      "Ini mama angkatlah masuk bilik..Ziera dah angkat dah dari bawah tadi dengan papa.Kali ini giliran mama pula"

      "Itu pun nak berkira ke?"

      "Ma..bersyukurlah Ziera dah bawa masuk sampai sini..bilik kita dekat tu je ma.." kata Ziera sambil jarinya menunjuk ke arah bilik mereka yang selalu tidur tatkala pulang ke kampung.

      Puan Rozita hanya menggelengkan kepalanya..'ini pun nak berkira Ziera ni..selama ni aku yang buat kerja dia tak tahu hai..apa nak jadilah' kata Puan Rozita di dalam hati..

      

       

       

      




      





       


Posted by KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... at 10:54 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, March 6, 2013

TERNYATA KAU BUKAN UNTUKKU - BAB 1


      Bandaraya Kuala Lumpur begitu sesak sekali dengan penduduk yang berdekatan begitu sibuk ingin ke tempat kerja.Ziera Alisha sedang bersiap-siap ingin ke sekolah.Dia mencapai beg sekolahnya yang berada diatas katil dan turun ke bawah ingin menjamah sarapan sebelum dia berangkat ke sekolah.Ziera menarik kerusi lalu duduk.Tidak lama kemudian Puan Rozita yang merangkap ibu kepada Ziera Alisha turun untuk menjamah sarapan sebelum ke pejabat.Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan anak gadisnya yang kini sedang meningkat remaja itu.Mata Ziera melilau mencari seseorang tetapi tidak jumpa.
      
      "Mama,papa mana ma?dia tak turun makan sekali ke?"tanya Ziera
     
       "Papa kamu tu awal-awal lagi sudah keluar"
     
       Mendengar kata-kata mamanya itu dia terus memuncungkan mulut.
     
       "Ala..Ziera baru nak tunjukkan sesuatu..."

      "Benda apa?"tanya Puan Rozita

      Ziera mengeluarkan buku rekodnya dari beg dan ditolaknya kepada mamanya

      "Mama tandatangan jerlah" Jawab Ziera dengan perasaan sedikit terkilan kerana tidak dapat menunjukkan peningkatan prestasinya dalam peperiksaan kepada papanya....

      "Oh fasal ni rupernyer yang anak mama ni nak tunjukkan...dah la..jangan buat muka mcm 2...nanti mama suruh papa tengok dekat SAPS..." kata Puan Rozita sambil memujuk anak tunggalnya itu.Ziera mengeluh perlahan.

      ***

      Tasya dan Nana sedang menunggu Ziera di depan pintu sekolah.Sesekali Tasya meneliti jamnya di tangan.'Issshhh...mana pulak dia ni...lambat betullah'.Dengus Tasya dalam hati

      "Eh..Nana mana Ziera ni lambat betullah...kajap lagi pintu pagar dah nak tutup" tanya Tasya kepada Nana.

     "Manalah aku tahu...weh jom lah kita masuk dulu kalau tunggu dia nanti lewat pulak nak masuk kelas" cadang Nana..

     "Aah...jomlah pandai dialah nanti"
     
     Mereka berdua berjalan masuk ke perkarangan sekolah.Belum sempat mereka menapak masuk ke dalam tiba-tiba terdengar nama mereka di panggil.Mereka berdua menolah ke belakang.Kelihatan Ziera sedang berlari ke arah mereka.

     "Eh...apasal kau lambat" tanya Nana sambil menampar bahu Ziera dengan buku yang dia pegang itu setelah Ziera sudah datang mendekati mereka.

      "Sorry la babe tengah makan tadi sampai tak sedar." 
      
      "Dah lah jom masuk..kang lambat pulak kita..." ajak Tasya

      Nana dan Ziera hanya menganguk.Mereka berdua berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah.Mereka terus menuju ke tapak perhimpunan untuk mendengar segala apa yang dicakapkan oleh guru-guru bertugas serta pengetua.

     Setelah selesai perhimpunan,murid-murid pun bersurai dan masuk ke kelas masing-masing.Ziera,Nana dan Tasya duduk di tempat mereka dibarisan hadapan.ketiga-tiga sahabat ini memang tidak boleh dipisahkan.Mereka memang rapat bagai isi dengan kuku.Memandangkan tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan SPM jadi mereka ingin lebihkan tumpuan dengan mengambil tempat diduduk dibarisan hadapan sekali.

      Cikgu Rokiah mereupakan cikgu bahasa melayu sudah lama mengajar di Sekolah Tinggi Klang itu masuk  ke dalam kelas 5 Amanah yang mempunyai seramai 45 orang pelajar dan salah tiga orangnya ialah Ziera,Nana dan Tasya.Dia juga merupakan guru kelas didalam kelas itu.

      Amran merupakan ketua kelas di dalam kelas itu memberi salam dan diikuti oleh pelajar-pelajar lain.Setelah mereka dibenarkan duduk dan sebelum memulakan sesi pelajaran,Cikgu Rokiah meminta pelajar-pelajar di dalam kelas itu untuk menghantar buku rekod yang dia telah memberikan kepada anak muridnya itu untuk ditandatangani oleh waris masing.

      Kesemua pelajar telah pun menghantar dan dia mengira takut-takut ada pelajar yang belum hantar lagi.Setelah selesai mengira dan semuanya cukup,Dia meminta anak-anak muridnya itu untuk membuka buku latihan yang diberinya kelmarin.

      Semua pelajar telah mengeluarkannya kecuali tiga orang sahabat ini iaitu Ziera,Nana dan Tasya.Mereka yang duduk dibarisan hadapan memang jelas nampak yang mereka bertiga sahaja yang tidak ada buku diatas meja.Mereka bertiga menelan liur.Kelat.Itulah yang dirasakan oleh mereka.'Matilah aku macam ni' kata Ziera di dalam hati.

      "Ziera,Nana,Tasya mana buku kamu?" tanya Cikgu Rokiah dengan nada sedikit tegas.Namun tiada sebarang jawapan dari mulut mereka.Cikgu Rokiah hanya mengelengkan kepala dengan perangai anak muridnya itu.

      "Ziera mana buku kamu?"

      "Sa...saya tertinggal dekat rumah...cikgu" jawab Ziera gagap

      "Kamu Nana?"
      
      "Saya pun sama cikgu"

      Belum sempat Cikgu Rokiah bertanyakan kepada Tasya,dia terlebih dahulu menjawab.

      "Saya pun cikgu"

      Cikgu Rokiah yang pantang mendengar anak murid memberi alasan tidak bawa buku itu terus memberi arahan.

      "On the floor now" kata Cikgu Rokiah dengan perasaan marah

      Mereka bertiga mendengar arahan itu terus mengerut dahi bukan tidak faham tapi inikan subjek bahasa melayu bukannya subjek bahasa inggeris.

      "Cikgu inikan subjek bahasa melayu bukannya bahasa inggeris" jawab Ziera dengan sedikit berani walaupun dalam keadaan takut.Dia tahu cikgunya itu tengah marah tapi sengaja nak tgk mood. 

      Perasaan marah Cikgu Rokiah semakin membuak-buak.'Berani betul budak Ziera ni..tak apa'..

      "Ziera kamu pergi duduk di luar,Tasya,Nana kamu duduk diatas lantai"

      Membulat mata Ziera mendengar ayat itu.Mana aci kawannya semua duduk didalam dia seorang aje yang duduk diluar.Buat pengetua ke guru disiplin ke yang lalu tak ke naya dia kena nanti.'Itulah Ziera berani betul kau bersuara tadi..kan dah kena'

     "Hah...apa tunggu lagi pergilah"

     Tanpa sebarang kata mereka pun keluar dari tempat mereka.Tasya dan Nana hanya duduk diatas lantai di dalam kelas manakala Ziera pula duduk di luar.Cikgu Rokiah menghantar Ziera dengan pandangan sahaja.

***

Ziera masuk ke dalam biliknya lalu menghempapkan begnya dia atas katil.Terasa geram sangat hari ni.Sudahlah buku tak bawa lepas kena pulak duduk di luar kelas..lepas tu semua orang pakat 'booo' saja dekat dia..Dia memeluk tubuhnya..sambil menahan geram.

      "Mama punya fasallah ni....nak sangat cepat..tengok sampai buku aku pun tertinggal.." Dia menghela nafasnya..

      Tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang.'Issshhh...apa lagi ni...tak tahu ker orang tengah bad mood sekarang ni..'Dia melepas pelukan dari tubuhnya itu lalu menuju ke pintu untuk membuka.Setelah membuka kelihatan Mak Normah sedang tersengih berada di hadapan pintu..Ziera memandang Mak Normah dari atas ke bawah dalam perasaan hairan.Apa yang dia tersengih-sengih macam kerang busuk ni...

      "Kenapa dengan Mak Normah ni..tersengih-sengih tersengih-sengih macam kerang busuk ni apahal..ada apa-apa ker?" tanya Ziera kepada Mak Normah yang berada di hadapannya itu.

     "Puan suruh saya panggil Cik.Katanya ada berita gembira nak bagi tau dekat Cik" jelas Mak Normah

      Berita gembira? Berita gembira apa pulak dah ni ke nak pujuk aku...issshhh tapi kenapa mama aku balik awal sangat selalu bukan petang ker dia balik ni tengahari dah balik ni apahal.Tak ada kerja ke dekat office tu.Turun sajalah...bisiknya di dalam hati.

      "Ya lah..5 minit lagi saya turun."
    
      "Cik jangan lambat tau.Nanti Puan marah saya" Kata Mak Normah memberi arahan.Namun arahan itu hanya dijawab dengan agukkan sahaja.

***

     Ziera menuruni anak tangga dengan perasaan yang bercampur baur.Geram,marah,sakit hati semua ada.Entah kenapa kali ni dia berasa begitu teruk sekali perasaannya itu.Adakah ini adalah petanda bahawa beberapa hari lagi dia akan datang bulan dia pun tak tahu.Selalunya kalau dia marah,pasti sikit-sikit sahaja.Tapi ini nampak macam terlebih sahaja.Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat Puan Rozita dan Encik Azman sudah menantinya diruang tamu.'Eh..kenapa papa dengan mama ni balik awal jarang sangatlah kalau nak balik tu.Asyik sibuk je memanjang'.Katanya didalam hati.Dia menghampiri Encik Azman dan Puan Rozita.

      "Ma..pa...ada apa nak jumpa dengan Ziera ni.Dah tu tak pernah-pernah nak balik awal.Ada apa?" tanya Ziera kepada Encik Azman dan Puan Rozita dengan hatinya yang begitu geram dengan kejadian tadi.

      Puan Rozita melihat Ziera dengan perasaan hairan.Apa kena dengan si Ziera ni macam moody saja ada apa-apa yang tak kena ke.Pelik..jarang dia macam ni kecuali kalau dia nak datang bulan.Ini rasanya mesti nak datang bulan atau sudah datang bulan ni

      "Kenapa ni sayang? Hmmm...macam tak ada mood saja kenapa ni.Datang bulan erk?" Tanya Puan Rozita dengan perasaan syak yang anaknya itu datang bulan.

      Dia menarik tangan anaknya itu dan menyuruh anaknya itu duduk di sebelahnya.

      "Hmm..maybe lah kot" jawabnya..seperti mahu tak mahu sahaja

      "Ziera papa rasa klu papa bagi tahu ini tentu mood Ziera ok.." Encik Azman yang sedari tadi hanya diam tiba-tiba bersuara..

      "Apa?"tanya Ziera

      Dia berasa hairan kerana selama ini kalau dia merajuk ke marah ke apa ke pasti papanya itu biar aja sampai dia habis merajuk.Ni macam nak main pujuk saja ni..Dah tu soalan dia pun mereka tak jawab lagi..

      Encik Azman mengangkat keningnya dan memandang Puan Rozita.Ziera masih lagi tertanya-tanya kenapa dengan mereka.Macam ada something.

      "Pa..Ma..cakaplah apa dia.Ziera malaslah nak duduk sini lama-lama.Mama dengan Papa ni time Ziera tak ada mood nilah nk bagi tahu itulah inilah...Ziera pun ada banyak kerja sekolah lagi la..." jawab Ziera dengan sedikit meninggikan suaranya..

      Ziera memang pantang kalau dia tengah mood orang nak cakap itu ini nak bincang itulah inilah.Rasa macam tak ada hari lain ke nak bincang...lebih baik dia terperap dalam bilik relax-relax,landing-landing.Lama-lama nanti baru ada balik moodnya itu.

      "Ziera sabar dulu dengar dulu apa yang papa nak cakap.Tahulah tengah moody pun sabar je lah" kata Puan Rozita dengan lembut hanya untuk tidak mahu anaknya itu naik angin lebih teruk.

      "Ziera papa dah tengok dah keputusan Ziera.Tahniah..papa harap nanti SPM buat yang lebih baik lagi daripada ini."

      "Itu je...ingatkan apalah tadi...kalau macam tu malam kejap lagi pun boleh cakap....ingatkan apa tetiba je balik awal."

      "Ziera...papa dengan mama sengaja balik awal tau sebab dekat office bukannya ada kerja sangat pun itu yang kita orang balik awal.Dan lagi satu tadi nenek ada call dia suruh kita balik Penang hujung minggu ni sebab mak su kamu tu nak perkenalkan bakal suami dia.Kita balik sana seminggu.Ziera kena cuti sekolahlah buat sementara waktu ini" terang Puan Rozita panjang lebar.

      Membulat mata Ziera apabila mendengar mamanya cakap macam itu rasa macam tak percaya je nak balik kampung..rindu benar dengan suasana bendang di sana..dan juga rindu benar dengan sanak saudara yang ada disana...huh..mesti meriah..dia sudah dapat membayangkan bagai mana angin bendang itu bertiup...fuhhh..nyamannya...Tiba-tiba dia terasa bahunya itu ditepuk oleh seseorang.

     "Oit..berangan lagi lah tu" tanya Puan Rozita setelah melihat anaknya itu membuat aksi seperti mengambil angin yang nyaman.

    "See kan papa dah kata kalau cakap fasal balik kampung ni  conform mood dia kembali punya"
     
     Ziera hanya tersenyum sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal...

***

Ziera melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.Dia menghampiri Tasya dan Nana yang sedang menunggunya dikantin.Wajahnya pada hari itu sungguh ceria sekali seperti ada sesuatu berita gembira yang dia simpan didalam hati...Dia terus menarik kerusi yang ada dikantin itu lalu diduduk berhampiran kawan-kawannya itu.Dengan keadaan yang begitu ceria sekali pada pagi itu menyebabkan Tasya dan Nana tertanya-tanya mengapa kawan mereka yang seorang ini ceria sangat.Jarang sekali dia ceria seperti ini.

      "Eh..kenapa muka kau nampak ceria sangat hari ni.Ada berita best ke?" tanya Nana sambil mendekatkan dirinya dengan Ziera untuk mengetahui apa yang sebenarnya berita yang membuatkan Ziera tersenyum pada pagi ini.

      "Memang ada berita best pun" jawab Ziera dalam keadaan gembira

      Mendengar sahaja Ziera berkata begitu mereka sepertinya tidak sabar untuk mendengar berita yang menarik yang bakal keluar dari mulut Ziera itu.Mereka menarik kerusi dan duduk merapati Ziera.

      "Aku nak balik kampung hujung minggu ni" sambung Ziera 

      Tasya dan Nana yang sedari tadi bersemangat untuk mendengar berita menarik daripada Ziera tiba-tiba mengeluh.Ingatkan berita apalah yang seronok sangat tadi.Berita nak balik kampung je pun.

      "Eh...kalau setakat balik kampung tak payah la nak over sangat." kata Nana

      "Entah kau ni kalau setakat cerita fasal si Airiel tu tak apa lah juga aku nak dengar" sambung Tasya

      Isshh...dia orang aku nak balik Penang bukannya nak balik kampung di Kampung Baru tu.Kalau di situ tak adalah aku gembira sampai macam ni.Aku rindu tau dengan suasana kampung disana.Bukan selalu nak balik.Ini pun aku rasa balik paling lama.Selalunya nak balik time raya sahaja.Itupun paling lama tiga hari.

      "Aku nak balik kampung aku di Pulau Pinang...korang faham?Kalau setakat aku nak balik kampung dekat sini aku taklah over macam korang kata tu." kata Ziera sambil mengayakan over itu.

      "Kau nak balik Pulau Pinang hujung minggu ni?" tanya Nana yang semacam tak percaya dengan kata-kata Ziera itu.

      Biar betul dia ni.Berapa lama dia nak pergi.Habis tu sekolah macam mana takkan dia nak tinggal kot.Sudah la tahun ni tahun penting nak ambil SPM kot.Tanya Nana di dalam hati.

      "Yup..aku balik sana seminggu.Mama aku pun ada uruskan dah fasal cuti aku untuk seminggu tu.Nanti dia bagi tahu cikgulah.So aku tak ada bersama koranglah dalam seminggu tu"

      "Ala Ziera tak bestlah kalau kau tak ada.Kalau kau ada group ni happy tau" jawab Tasya sambil memuncungkan mulutnya.
      
      "Issshh...tak mau sedih-sedih seminggu saja pun aku tak ada.Dah la" kata Ziera sambil memujuk-mujuk kawannya itu

      Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Tasya itu.Kalau Ziera tak ada pasti mereka tak riuh seperti selalu.Group mereka inilah group yang paling riuh sekali dan hampir semua guru dan pelajar di sekolah itu mengenali mereka dengan keriuhan mereka.

***
      "Ziera sebenarnya aku nak tunjuk something dekat kau...Fasal Airiel" kata Tasya kepada Nana

      Cepat sahaja telinga Ziera menangkap perkataan itu.Dia semacam tak sabar sahaja nak dengar apa yang berlaku pada Airiel.Airiel itu merupakan artis tempatan yang dia minat sangat-sangat sehinggakan didalam bilik dia itu pun penuh dengan gambar Airiel.Apa yang best pada Airiel pun tak tahulah.Bukan setakat minat sahaja dalam masa yang sama dia telah pun jatuh cinta dengan Airiel semenjak jejaka itu muncul di pentas seni lagi.Biar pun Airiel tidak mengenalinya dan tak pernah pun berjumpa dengannya,dia pasti suatu hari nanti dia akan berjumpa dengan Airiel dan akan meluahkan segala isi hatinya itu.Dia tak kisah umur Airiel itu berapa tua ke muda ke asal dia boleh dapatkan si Airiel itu.Biar apa sekali pun orang nak kata dia tak kisah asalkan dia boleh dapat.Bagi dia Airiel itulah jejaka yang paling handsome.Tiada sesiapa pun yang boleh bertanding dengannya.

      "Fasal Airiel apa cerita fasal dia?" tanya Ziera dengan perasaan ingin tahu

      "Tak ni ha....Airiel ni dah ada penganti" kata Tasya sambil menghulurkan buku MANGGA yang baru dibelinya semalam itu.

      Airiel dah ada penganti biar betul.Cepat saja dia menarik buku MANGGA yang dihulurkan itu.Dia membaca cerita yang telah di tuliskan oleh editor pada buku itu.'Ini tak boleh jadi Airiel itu milik aku.Tak ada  sesiapa yang boleh mendapatkannya' kata Ziera dalam hati sambil mengetapkan bibirnya menahan geram.

     "Alah kalau dia ada pengganti pun mesti putus juga seperti sebelum ini" kata Ziera untuk menyedapkan hatinya.

      "Aku rasa taklah..sebab apa kau baca ni erk..." kata Tasya sambil membaca semula kata Airiel yang ditulis oleh editor itu.

       Terbeliak biji mata Ziera apabila mendengar bahawa gadis itu berasal dari Pulau Pinang.'Ini tak boleh jadi.Perempuan berasal dari Pulau Pinang siapa agaknya gadis itu.Jangan buat mak su aku sudah lah.Mak su? Eh..tak mungkin ramai lagi perempuan dekat Pulau Pinang itu.' kata Ziera di dalam hati.

     


      



      

Posted by KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... at 6:05 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Tuan punya blog ni sedang mencari idea...harap maklum

Nak Cari Tajuk Apa?

Borak2

Friends Awesome

Masa Itu Emas...Kalau Ia Berlalu Ia Tidak Akan Pusing Semula

Cuteki birthday card e card
Cuteki download avatar

Penulis Blog Ini

Photo Flipbook Slideshow Maker Glitterfy.com - Photo Flipbooks
Nama dia adalah Zieyzie Ilisha
Umo 18 in 2013
Dia ni suka berangan
Segala yang ditulis disini adalah berdasarkan angan-angan dia yang entah apa-apa tu hihi...
blog peribadi dia http://zieyzie-ilisha.blogspot.com
Harap enjoy lah dgn tulisan angan-angan mat jenin dia ni...huhu..

Background

Contact Me

Nak Tanya Sesuatu Meh La...Disini

Bebaskan Sayapmu

animasi blog

Salji

CURSOR

BUTTON

Blog Archive

  • March (1)
  • May (2)
  • April (2)
  • March (5)

About Me

View my complete profile
Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]
Copyright© All Rights Reserved karyazieyzieilisha.blogspot.com